Sunday, 4 July 2021

BBM5407Dua2021: Teori/Pendekatan Wacana (Bukit Kepong)

 Filem Bukit Kepong

Durasi: 1.16.00 - 1.30.00

P10: sarjan, balai terbakar

P2: mari, baik kau keluar. Masuk dalam kubu.

W1: abang...abang, abang

B1: ibuuu

W2: tunggu sini. Bakar, bakar?

B1: bapak, bapak...

B2Kom: keluar cepat kalau nak hidup!

W3: cepat nak jangan nangis. Abang? Bang? Abang???

B3Pre: yam, mana anak-anak kita?

W3: ada bang. Semua ada sini bang. Itu zainudin, abu samah dan ini zaleha

Pre: samah..

W2: ye bapak

Pre: besar nanti kamu nak jadi apa nak?

B2: dah besar nanti abang nak jadi polis nak lawan semua komunis

Pre: yam, jaga anak-anak kita baik-baik ye

B4Kom: mat, tangkap itu perempuan. Suruh polis serah diri

Kom2: bangun, bangun

B5Kom3: jalan, jalan, cepat!! Jalan jalan jalan, cepat cepat cepat. Oii orang polis, lebih baik serah diri, kalau tidak saya bunuh semua

W3: sarjan, komunis suruh menyerah, kalau menyerah, kita semua selamat

Sjn: ohh tidak. Takpelah yam, kami orang-orang polis tidak akan menyerah diri. Pergilah selamatkan anak-anak kau tu. Yam!! Selamatkan diri

Kom3: cepat pergi cepat!!! Pergi pergi

B6TP: boleh jadi balai polis dah terbakor

OK1: tok penghulu, apa kita tunggu lagi

TP: sabar dulu, jangan terburu-buru

OK2: kita bergerak sekarang

OK4: baik

NAR: mereka telah gugur sebagai pahlawan demi mempertahankan kedaulatan negara hinnga ke titisan darah darah yang ke penghabisan. Dengan semnagat kepahlawanan yang tidak ternilai, disertai dengan keazaman penduduk bukit kepong, disemarakkankan pula oleh keluhuran pengorbanan jitu isteri-isteri mereka. Selaras dengan tradisi murni anak watan, agar negara dan rakyat terus wujud, pemergian mereka bersemadi dalam kenangan. Semoga menjadi inspirasi yang berterusan kepada mereka yang mewarisinya. Jasa dan pengorban mereka dilambangkan di tugu pahlawan negara. Itulah lambang kemegahan, lambang kemenangan. Titisan darah mereka dijadikan tinta sejarah negara. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka.  Di atas kesetiaan dan pengorbanan mereka kepada negara lahirlah demokrasi


BBM5407 KAJIAN WACANA

TUGASAN KUMPULAN 3/5/2021 (MINGGU 6)

Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi:Teori dan Aplikasi.Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu.

Persamaan dengan perbezaan Pendekatan Analisis Wacana Normaliza Abd Rahim 2018 dengan Teori Analisis Wacana Normaliza Abd Rahim 2019 berdasarkan Filem Bukit Kepong

Maurice

PENDEKATAN ANALISIS WACANA NORMALIZA ABD RAHIM, 2018b

PRA-ANDAIAN

Intuisi

Konteks

·         Kerajaan Inggeris memutuskan untuk meningkatkan sistem keselamatan di Bukit Kepong.

·         Komunis bertindak lebih agresif selepas mendapat tahu pasukan AP akan ditubuhkan di Bukit Kepong.

·         Saibun membalas dendam terhadap Komunis yang mengancam keselamatan keluarganya

Penerimaan / Penafian

 

“Memang betul kata Tok Ketua tu tadi. Setakat ini, kerajaan belum pun berbuat apa-apa untuk menjaga keamanan di kawasan ini. Buktinya, kejadian semalam.” – Minit 9.30

Keperluan

 

“Whatever it is, we have to bring these requests before the district wars executive committee meeting” – Minit 10.33

Perujukan

 

“Saya sependapat dengan Tok Penghulu.” – Minit 8.25

Anafora

 

Kau bagi tahu Tok Penghulu. Kau ikut aku. - Minit 13.52

Pengulangan

 

Tengok keadaan rumah kosong kita ini, telefon tak ada, wireless pun tak ada, sudahlah jalan raya pun tak ada – Minit 8.32

Kekaburan

 

.. dan uruskan mayat-mayat ini untuk dibawa ke Pagoh - Minit 7.57

(Ada apa di Pagoh?)

Penegasan

 

Komunis memang tengah menjadi-jadi di kawasan ini - Minit 2.06

 

 

EMOSI

Positif

Negatif

Emosi Bercampur

·         Bersemangat

(babak pasukan AP, PC, Koperal, EPC, MPC dan Lans Koperal melaporkan diri di Balai Polis Bukit Kepong.)

 

·         Gembira

Wajah penduduk kampung gembira apabila Jamil memuji tindakan berani mereka.

Dan keberanian tuan-tuan semua patut diberi pujian..” – Minit 7.26

·         Cemas

Situasi cemas apabila bot tiba-tiba diserang hendap oleh Komunis – minit 0.45

 

·         Takut

Seisi keluarga Saibun ketakutan apabila orang Komunis menyerang pada waktu malam dan menyebabkan kebakaran. – minit 13.14

 

·         Marah

Saibun berasa sungguh marah apabila orang Komunis telah memukul isterinya dan menyebabkan rumahnya terbakar. Mukanya kelihatan sungguh tegang.

Contoh:

Jahanam punya Komunis! – minit 14.43

 

·         Kesal/sedih

Penduduk kesal kerana tiada kemudahan keselamatan yang mantap di kampung itu. Mereka hanya mampu bersemangat tinggi.

Contoh:

Kami sebenarnya penduduk-penduduk di kawasan ini sentiasa berdiri di belakang kerajaan untuk menentang komunis. Tapi kalau begini, susahlah tuan. Senjata pun tak ada. Cuma semangat saja yang kuat. – minit 10.14

·         Terkejut dan bangga

Contoh:

Jamil menunjukkan reaksi terkejut apabila melihat mayat di Balai Polis. Kemudian, Jamil menunjukkan rasa bangganya kepada penduduk-penduduk

“Saya mengucapkan tahniah kepada tuan-tuan semua”.- Minit 7.16

 

 

NILAI DAN BUDAYA

Diri

Masyarakat

Adat

Sifat patriotik yang tinggi.

Contoh:

Senjata pun tak ada. Cuma semangat saja yang kuat.” – minit 10.14

 

 

·         Mementingkan ilmu agama

Contoh 1: babak di rumah Saibun - Ibu bapa yang mengajar anak mengaji di rumah. – minit 13.14

 

Contoh 2:

Saya tahu banyak susahlah. Ini orang Melayu banyak kuat sembahyang. – Minit 13.02

 

·         Menyapa

Contoh: bagaimana dengan perjalanan tad..i - Minit 2.00

 

·         Bekerjasama menjaga keamanan

Contoh:

Saya bagi pihak penduduk kampung ini dan kawan-kawan saya semua sentiasa bekerjasama – Minit 7.33

·         Memberi salam

Contoh:

Assalamualaikum

 

·         Mengaji

 

 

BAHASA

Bahasa pertama/kedua/ketiga

Bahasa formal dan tidak formal

Kesalahan bahasa

Linguistik

1.      Bahasa Pertama

·         Bahasa Melayu

 

2.      Bahasa Kedua

·         Bahasa Inggeris

contoh: “Kita kena ambushed. Kamu kawal bot ni. Cepat!”- minit 0.49

 

3.      Bahasa Ketiga

·         Bahasa Cina (Komunis) – dituturkan oleh Komunis

 

 

 

1.      Bahasa Formal

Contoh: “Apa khabar koperal? Saya Jamil Md Shah.” – minit 2.40

·         Digunakan situasi formal di Balai  Polis Bukit Kepong.

 

2.      Bahasa Tidak Formal

·         Perbualan orang kampung dengan orang Komunis.

Contoh: “Gua punya suka lah.  Apa lu mau?” – minit 6.37

 

·         Percampuran kod

Contoh:

Kami kena ambused di tengah jalan tadi. Tapi untunglah tiada sesiapa yang cedera.”- minit 2.00

 

Dalam ayat tersebut, adanya penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

 

·         Penggunaan slanga

·         Penggunaan perkataan atau frasa yang tidak betul

Contoh:

Ling, panggil Tuck Sai mari.” – minit  12.35

(Penggunaan ‘mari’ sepatutnya boleh ditukar menjadi ‘ke sini’)

a)      Tali barut

Contoh:

“Tuan, dua hari yang lepas, kampung saya telah didatangi oleh seorang tali barut Komunis.” – minit 10.03

 

 

 

INFERENS

Rumusan keseluruhan

Rumusan topik perbincangan

Penutup kata

·         Komunis yang bertindak menyerang dan menindas rakyat di Bukit Kepong telah meningkatkan semangat patriotisme penduduk di kampung tersebut. Hal ini demikian kerana mereka sudah tidak boleh bersabar ditindas malah kerajaan Inggeris ketika itu tidak menunjukkan keseriusan dalam menentang Komunis.

 

 

·         Kemudahan terbatas

Kemudahan seperti pengangkutan, perhubungan dan infrastruktur yang lain belum dimajukan oleh kerajaan Inggeris. Kerajaan berkemungkinan tidak melihat Bukit Kepong sebagai tempat yang boleh dimajukan berbanding dengan kawasan yang lain.

Contoh:

Nampaknya kampung kita ini dianaktirikan oleh kerajaan – Minit 8.28

 

·         Kerajaan Inggeris tidak serius

Walaupun Bukit Kepong sudah berkali-kali diserang Komunis, kerajaan Inggeris ketika itu tidak meningkat tarafkan sistem pertahanan atau keselamatan di kawasan itu. Kerajaan seakan tidak mementingkan keselamatan penduduk kampung kerana tiada kepentingan di kawasan itu terhadap pembangunan ekonomi kerajaan.

 

·         Kekurangan anggota keselamatan di Bukit Kepong

Kekurangan anggota keselamatan di Bukit Kepong seperti polis menyebabkan kawasan tersebut sering kali diserang Komunis. Hal tersebut berkemungkinan kerana kawasan tersebut tidak luas maka kerajaan menganggap jumlah anggota keselamatan yang sedikit mampu menjaga keamanan kawasan tersebut. Selain itu, penduduk di kawasan tersebut mungkin tidak memiliki kelayakan akademik yang dapat menjadikan mereka seorang polis.

 

 

Kerajaan Inggeris tidak memandang serius serangan atau penindasan yang dilakukan oleh Komunis terhadap penduduk-penduduk di Bukit Kepong.

Contoh:

The threat here is not serious compared to other districts - Minit 10.32

 

TEORI ANALISIS WACANA NORMALIZA ABD RAHIM, 2018d

 

KANDUNGAN

KONTEKS

ANDAIAN

·         Patriotisme

(Penduduk Bukit Kepong bersama-sama berganding bahu menjaga keselamatan kampung mereka daripada serangan Komunis.)

 

·         Kasih sayang / Kekeluargaan

(15 minit yang pertama dalam filem telah memaparkan betapa sayangnya Saibun kepada keluarganya)

1.Tatabahasa

·         Pengunaan kata ganda separa

Contoh: “bawakan bebarang itu semua ke stesen” – minit 1.58

1.      Pendapat

·         Menubuhkan pasukan AP di Bukit Kepong.

Contoh:

“Memandangkan kedudukan Bukit Kepong ini terpencil dan terpisah pula dari segala hubungan, dan mudah pula diancam, maka itu saya mencadangkan pada Tuan Ao, Tuan Davis dan Tuan OCPD kita untuk menubuhkan pasukan AP di kawasan ini.” -  Minit 8.03

2. Latar

a)      Masa

·         Zaman pemerintahan kerajaan Inggeris

·         Zaman Komunis

·         Malam

(babak serangan Komunis di rumah Saibun)

·         Siang

(babak serangan bot, babak pergelutan di titian, babak di Balai Polis Bukit Kepong, Babak latihan AP)

 

b)      Tempat

·         Balai Polis Bukit Kepong

·         Hutan

·         Dalam bot

·         Perairan Sungai

·         Jeti

·         Titian

 

c)      Masyarakat

·         Melayu

·         Inggeris

·         Komunis

2.      Perujukan

·         Menyokong pendapat

Contoh:

“Saya sependapat dengan Tok Penghulu.” – Minit 8.25

3. Emosi

a)      Positif

·         Bersemangat

·         Gembira

 

b)      Negatif

·         Cemas

·         Takut

·         Marah

 

c)      Bercampur

·         Terkejut dan bangga

3.      Persoalan

·         Kawasan Bukit Kepong yang belum dibangunkan dari aspek kemudahan dan infrastruktur.

·         Misalnya tiada jalan raya dan hanya bergantung pada pengangkutan air semata-mata.

·         Sistem keselamatan juga masih terbatas, tidak seperti di Pagoh.

·         Kerajaan Inggeris belum melakukan apa-apa untuk menjaga keamanan di Bukit Kepong.

·         Rakyat yang setia pada pemerintah

Contoh:

·         Untunglah, kami penduduk-penduduk di kampung ini tidak mudah dipengaruhi oleh pihak Komunis – Minit 9.44

 

 

 

Tivyaa

 

PENGEKODAN

DATA

PERSAMAAN MASYARAKT & LATAR

B2P3A2

Awak kena serahkan juga barang-barang tersebut kepada saya esok, kalau tidak nyawa kau dengan suami kau akan terancam

 

 

Masyarakat kampung yang menjadi mangsa kekejaman pengganas komunis

B2P7A4

Lagipun kita ni semua berasal dari kaum Cina yang sama, tengoklah keadaan saya dan anak-anak saya ni tuan…

 

 

Masyarakat pengganas yang terdiri sebahagian besar daripada orang Cina

B5P5A2

Polis akan menjaga keselamatan anak dan semua penduduk-penduduk kampung ini

 

Masyarakat pasukan polis yang berjuang demi keamanan negara

 

B4P12A1

Tok penghulu, tak boleh ke kita buat rombongan orang-orang kampung pergi ke Lenga mencari mereka yang terlibat.             

     

 

Masyarakat kampung yang berani membuat rombongan pencarian mangsa komunis

B4P14A1

Terima kasih tok penghulu dan tuan tuan semua kerana mempunyai penuh kepercayaan pada pihak polis

 

Masyarakat kampung yang bekerjasama dengan pihak polis dalam mendepani kejahatan pengganas komunis

 

 

 

PENGEKODAN

DATA

PERSAMAAN EMOSI (NEGATIF)

B2P7A1,2,3

Saya, saya merayu pada tuan… Tuan jangan paksa saya. Suami saya pun telah diberkas oleh pihak polis! 

 

 

Sedih

B2P10A1

Jangan tuan, tolong jangan menyakiti anak saya.

 

 

Cemas

 

B2P12A2

Kenapa kamu semua sanggup melakukan perkara sebegini !

 

 

Marah

 

B7P2A4

Yang paling penting, mereka ni telah mengkhianati kepercayaan kita terhadap mereka dan telah menjadi anjing peliharaan pihak kerajaan dengan mengikuti perintah daripada mereka.

 

 

Kecewa

 

B5P2A2

Saya tau saya salah tuan, tapi kalau saya takda bikin itu macam saya punya anak, saya punya bini mesti susahlah tuan.

                   

 

Takut

 

 


 

PENGEKODAN

DATA

PERSAMAAN KESALAHAN BAHASA & TATABAHASA

B5P2A2

Saya tau saya salah tuan, tapi kalau saya takda bikin itu macam saya punya anak, saya punya bini mesti susahlah tuan.

 

 

kesalahan hukum D-M melalui perkataan

 

B5P2A2

Saya tau saya salah tuan, tapi kalau saya takda bikin itu macam saya punya anak, saya punya bini mesti susahlah tuan.

 

 

penggunaan kata punya (bahasa pasar)

 

B3P2A1

Semua orang kasi keluar tiket.

 

ayat tidak gramatis

 

B3P2A2

Lu, lu, Lu, kasi barang barang semua.

 

penggunaan kata ganti nama yang berbeza

lu(kamu)

 

B4P20A1

 

Kami tumpang dua perahu sampai ke sini tadi

 

mengabaikan penggunaan penjodoh bilangan

(dua buah perahu)

 

 


 

 

 

PENGEKODAN

DATA

PERSAMAAN PERUJUKAN

B4P9A1

Anak saudara saya boleh jadi dah dibunuh oleh komunis jahaman tu, kalaulah mereka tu datang kampung ni lagi, tau dia kasi mengajarnya! 

 

 

komunis jahaman merujuk kepada pengganas komunis yang kejam

B7P2A2

Kumpulan pengkhianat ini dituduh mengkhianati parti komunis.

 

 

kumpulan pengkhianat merujuk kepada ahli komunis yang mengkhianati partinya.

B7P2A4

Yang paling penting, mereka ni telah mengkhianati kepercayaan kita terhadap mereka dan telah menjadi anjing peliharaan pihak kerajaan dengan mengikuti perintah daripada mereka.

 

anjing peliharaan merujuk kepada pengkhianat parti komunis yang menjadi orang suruhan pihak kerajaan


 

 

Iffat

Persamaan Teori - Emosi

Pengekodan

Data

Persamaan Emosi (+)

W9W10

Aku ingat kau dikejar oleh musuh. Baiklah aku panggilkan bidang. Kau balik dulu.

 

Terima kasih.

 

Gembira

W8

Peluk cium dari kanda.

 

Sayang

W3

Ya kita hati-hati Kod, Mat. Harus hati-hati. Dari semalam..

 

Berani

 

Pengekodan

Data

Persamaan Emosi (-)

W5W3

Saya dengar banyak orang kita kena ambush Encik.

 

Ya kita hati-hati Kod, Mat. Harus hati-hati. Dari semalam....

 

Takut

W9

Tolong! Tolong! Bini aku nak beranak. Mintak tolong panggilkan bidan.

 

Cemas

W18

Datuk nak pergi ke? Saya tak sedap hati la datuk. Memandangkan gerak geri Tuck Sai dan kawannya tu.

 

Cemas

W1

Bodoh! Tu tempat yang paling penting. Cuma perlukan 20 minit dan kita boleh hancurkannya.

 

Marah

W20W21W22

Ahh! (menjerit)

Kan Osman tu. Dah masuk. Baik ya Man.

Kenapa tu Awang?

Pon ni terperanjat.

 

Terkejut

W22

Alamak!

 

Terkejut

 

 

Persamaan Teori – Pra-Andaian

Pengekodan

Data

Bentuk

W3

Semasa meronda tadi, saya ternampak ada beberapa tanda pelik..

 

Kekaburan

W18

Datuk nak pergi ke? Saya tak sedap hati la datuk. Memandangkan gerak geri Tuck Sai dan kawannya tu.

 

Perujukan

W2W1

Macam mana dengan orang-orang?

 

Ni simpan rahsia ni. Disebabkan mereka penduduk di situ.

 

Kekaburan

 

Perbezaan Teori – Nilai dan Budaya (2018) serta Latar (2019)

Pengekodan

Data

Nilai

Latar

W10

Aku ingat kau dikejar oleh musuh. Baiklah aku panggilkan bidang. Kau balik dulu.

 

Tolong-menolong

Masyarakat yang suka menolong

W8

Adinda ku yang dikasihi dengan selamat.

Kasih Sayang

Masyarakat yang berkasih sayang

 

W12

Ya terima kasih!

 

Kesantunan

Masyarakat yang memiliki nilai kesantunan tinggi

 

W4W17

Osman kau ronda di belakang

Baik Encik.

 

Keberanian

Masyarakat yang berani

 

Perbezaan Teori – Bahasa (2018) dan Tatabahasa (2019)

Pengekodan

Data

Bahasa

Tatabahasa

W16

Latuk. Ni gua la. Gua la. Tuck Sai

Pijin

Kesalahan Bahasa

 

W6

Beat berapa?

 

Pencampuran Kod

Kesalahan Bahasa

 


 

 

Syakirah

Pengekodan

Data

Persamaan Emosi (+)

L3

Abang nak ke bawah, tolong abang Pah

 

Berani

Pol2

Hoi pengkhianat! Kami tidak akan menyerah! Walaupun akan apa yang akan terjadi! Tembak!

 

 

Berani

 

Pengekodan

Data

Persamaan Emosi (-)

P1

Ya Allah ya tuhaku, selamatkanlah kami semua. Lindungilah kami dari segala bahaya. Amin. Abang! Bunyi tembakan dari depan. Jangan-jangan balai kena serang?

Takut

L3

Awang-awang bangun! Abu, bangun cepat! Mohd, kita diserang! Lekas! Hassan! Lekas! Hassan! Hassan!

 

Cemas

Pol2

Jaffar! Berlindung! Jidin! Kadir! Kita diserang! Berlindung

 

Cemas

P1

Aaaaaaa (bunyi pelita pecah)

 

Terkejut

OK1

Ya Allah!

 

Terkejut

 

Persamaan Teori – Pra-Andaian

Pengekodan

Data

Bentuk

L10

Saya ada dengar bunyi letupan. Latif, pergi ketuk kentung kecemasan dan kau Aziz kumpulkan orang-orang kampung

 

Perujukan

 


 

 

Afifah

Data Persamaan

Emosi

Pengekodan

Data

Persamaan (emosi negatif)

WaP1

Abang ! ya allah!. Ahhh ahhh *menjerit sambil mengendong anak*. Bang. Abang. Abang.  abang.

Sedih

Jamilah

Mak!!! Jangan tinggalkan jamilah Mak!! Bapak!! Bapak!! Mak!! Mak!! Mak!

Sedih

Po3

Jahanam!

Marah

IsWa2

 

Jamilah! Jangan duduk dekat sini nanti jatuh. Pergi main dekat sana. Eh San, jangan main kat sini nak.

Cemas

WaU

Sedia. Bergerak. Bergerak Sekarang!!

 

Cemas

Wa1

Mahmud nanti! Jangan Pergi! Bahaya!

Cemas

 

Data Persamaan

Nilai dan budaya (diri)

Pengekodan

Data

Persamaan Nilai dan Budaya (diri)

Jamilah

 

Mak!!! Jangan tinggalkan jamilah Mak!! Bapak!! Bapak!! Mak!! Mak!! Mak!

Nilai kasih sayang

Pol6

 

Hei Pengkhianat! Kami takkan menyerah diri! Kami akan berlawan habis habisan!!

Nilai cintakan negara

Timah

 

Abang, mah akan menuntut bela atas kematian abang.

Nilai pengorbanan

Wa1

kita ambil cover di belakang pokok sana.  Pergi berdua- dua. Berhati – hati. Pergi sekarang.

Nilai Tanggungjawab

 

 

Data persamaan

Nilai dan Budaya (adat)

Pengekodan

Data

Persamaan Nilai dan Budaya (adat)

Timah

Suami timah

Timah: Mengucap bang.

SuaTi: asyahaduallahilahaillah…

 

Budaya mengucap kalimah syahadah ketika dalam keadaan nazak.

WaU

 Jidin

Jidin kamu semua orang bertahan di sini ya.

Baik Sarjan!

 

Budaya mengikut arahan ketua iaitu seseorang yang mempunyai pangkat lebih tinggi dari kita.

 

Data Persamaan

Kesalahan bahasa dan Tatabahasa

 

Pengekodan

Data

Persamaan kesalahan bahasa dan tatabahasa

WaU

kau cover aku!Basirun.

Percampuran kod

-          Penggunaan kata “cover” dalam bahasa inggeris.

WaU

 

Mat, Korang berdua cover aku dari sini. Aku nak pergi tengok di barack ya.

Kesalahan penggunaan kata ganti nama

TeKom:

 

Orang- orang polis lebih baik serah diri kalau mahu nyawa awak dan anak bini awak selamat.

Penggunaan bahasa kasar

-          Bini boleh digantikan dengan isteri

 


 

 

Iqbal

Pengekodan

Data

Persamaan Emosi (Negatif)

B2P1A1

keluar cepat kalau nak hidup!

Marah

B3P1A1

ada bang. Semua ada sini bang. Itu zainudin, abu samah dan ini zaleha

Sedih

B5P1A1

jalan, jalan, cepat!! Jalan jalan jalan, cepat cepat cepat. Oii orang polis, lebih baik serah diri, kalau tidak saya bunuh semua

Cemas

B6P2A1

 

 

 

kita bergerak sekarang

Degil

B5P2A1

 

 

 

sarjan, komunis suruh menyerah, kalau menyerah, kita semua selamat

Takut

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tatabahasa

B – Babak

P – Perbualan

A – Ayat

 

Pengekodan

Data

Persamaan Kesahan Bahasa dan Tatabahasa

B4P1A1

mat, tangkap itu perempuan. Suruh polis serah diri

 

 

kesalahan hukum D-M melalui perkataan

B5P1A3

kami orang-orang polis tidak akan menyerah diri

 

 

Penggunaan perkataan “orang-orang” adalah salah dari segi hukum bahasa Melayu.

B6P1A1

boleh jadi balai polis dah terbakor

 

Penggunaan bahasa dialek

 

Persamaan Latar

B – Babak

P – Perbualan

A – Ayat

Pengekodan

Data

Persamaan Latar Masyarakat

B5P1A1

Jalan jalan jalan, cepat cepat cepat. Oii orang polis, lebih baik serah diri, kalau tidak saya bunuh semua

Masyarakat pengganas yang terdiri daripada kumpulan orang cina yang bergelar Komunis.

B5P1A3

Takpelah yam, kami orang-orang polis tidak akan menyerah diri. Pergilah selamatkan anak-anak kau tu.

Masyarakat polis yang menjadi pihak yang menjaga keamanan kampung.

B5P1A2

tok penghulu, apa kita tunggu lagi

Masyarakat kampung yang bersemangat patriotiseme untuk melawan Komunis.

 


 

 

Hazwani

Persamaan.

Pengekodan

Data

Elemen

N

Semangat juang anggota polis, berserta dengan keazaman penduduk Bukit Kepong disemarakkan pula keluhuran dan pengorbanan yang jitu oleh isteri-isteri mereka.

Tema yang diketengahkan dalam filem ini ialah sayang akan negara dan sanggup berkorban demi negara tercinta.

K1

Cepat. Nyalakan obor dan bakar tempat ini.

Emosi yang ditonjolkan oleh K1 penuh dengan kebencian terhadap polis sehinggan mengarahkan membakar balai polis Bukit Kepong.

L1

Yam, anak kita mana?

Emosi sedih yang melanda ketika balai polis Bukit kepong dibakar oleh komunis dan L1 ditembak, dan pada saat akhirnya, dia mahu melihat kesemua anak-anaknya.

 

Perbezaan

Pengekodan

Data

Elemen

P3

Sabar yam. Polis tidak akan menyerah kalah. Pergilah selamatkan anak-anak kau

(tembakan)

 

Nilai keberanian yang dizahirkan oleh P3 sememangnya sangat dipuji. Hal ini kerana P3 tidak mahu mengalah dengan permintaan komunis untuk menyerah kalah jika mahu semuanya selamat.

Kk2

bila dah besar nanti Samah nak jadi  polis dan bunuh semua komunis

Nilai semangat yang tersemat dalam diri kk2 terserlah dalam dirnya kerana semangat ingin mengalahkan komunis tersemat dalam dirinya sejak kecil.

L1

Yam, mana anak kita

Nilai kasih sayang yang terdapat dalam babak ini sangat meruntun hati dan perasaan. Hal ini kerana kasih sayang seorang ayah terhadap anak-anaknya

 

 


BBM5407Dua2021: Teori/Pendekatan Wacana (Bukit Kepong)

 Filem Bukit Kepong Durasi: 1.16.00 - 1.30.00 P10: sarjan, balai terbakar P2: mari, baik kau keluar. Masuk dalam kubu. W1: abang...abang...