Tuesday, 17 December 2019

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

Assalamualaikum.
Sayang seribu kali sayang. Kelas dah nak habis. Banyak benda yang berlaku, banyak benda yang tak sangka boleh buat sampai hilang rasa malu (kot). Tanggapan pertama untuk kelas ni dia macam pelik sikit. Teruja tapi takut. Teruja sebab orang kata kelas ni best sebab senang, shooting seronok dan boleh jalan-jalan. Takut pulak sebab orang kata Prof yg mengajar ni garang macam singa. Nak jadikan cerita, belum start kelas lagi aku dah kena bersemuka dulu dengan Prof ni sebab entah kenapa dalam ramai-ramai budak BLM ni, aku antara yang terpilih dapat penyelia PITA bawah prof.
Semua berubah 360 darjah bila masuk je kelas ni. Prof yang disangka garang, citttt punyalah sporting teruk macam member-member je. Tapi adab pun kena jaga lah kan bila dengan beliau. Sia-sia belajar tinggi tapi takde adab. Terbalik pulak dengan teruja tadi. Alaaa yang orang kata kelas ni senang. Banyak la korang punya senang. Nak patah pinggang aku nak kena shooting 16 video rasanya. Tapi aku tak patah pinggang sorang-sorang. Patah pinggang biar ramai-ramai. Terima kasih , terima kasih dan terima kasih kepada semua ahli kumpulan Belalang Production iaitu qiu,kimah,pipah,rina,aten,ainul,suzi,golif dan daus. Bagi aku diorang la penyelamat untuk terus bernyawa nak habiskan kelas sampai minggu 14. Gaduh-gaduh manja tu biasa sebab kita kan macam adik beradik.
Yang last ni special sikit, kelas amali yang entah dari mana datang tak bagi salam pun dalam jadual smp tiba-tiba ada. Mula-mula masuk kelas tengok kelibat brother sorang ni macam kerek, garang dengan muka berjambang, seriau jugak nak masuk kelas. TAPIIIIIIII, tak sangka pulak masuk air brother ni tapi bakal dr. Itulah En Akmal kami yang paling boekkkkk. Boleh jugak panggil dia bangmal, tak pun nama glamour mr sepet. Hahahahaha.
Akhir kata, terima kasih untuk segalanya. Perjalanan bachelor untuk episod tiga tahun setengah amat bermakna. Ingatlah kalimat ni sampai bila-bila. “REDHA”. Segalanya akan mudah di kemudian hari. Sekian.



BBM3410Satu2019 : Kalendar 2020

Ini adalah tugasan yang wajib untuk subjek multimedia. Kami dikehendaki untuk menyiapkan kalendar 2020. Kami membuat kalendar ini dengan tunjuk ajar tutor kami iaitu En Akmal. Kalendar dibuat sepanjang tiga minggu dalam kelas amali.















BBM3410Satu2019: VLOG MAKANAN (AYAM GEPUK PAK GEMBUS, BANGI)

Ini adalah tugasan individu atau berpasangan. Pelajar ditugaskan untuk membuat video VLOG makanan. Saya berpasangan dengan afifah dan naizatul untuk menjayakan video makanan ini. Kami membuat rakaman di Restoran Ayam Gepuk Pak Gembus di Bangi.


BBM3410Satu2019 - VIDEO 15 (One Shot Three Layer - SAYA TAHU)

Kali ini kami ditugaskan untuk membuat video One Shot Three Layer dengan menggunakan lagu Saya Tahu yang ditulis dan digubah oleh prof. Kami memilih lokasi di Alamanda, Putrajaya untuk menjayakan video tersebut. Dalam video ini juga terdapat seorang kanak-kanak yang comel yang kami import khas untuk video ini. Syabas Belalang Production.



BBM3410Satu2019 - VIDEO 14 (TRAGEDI DAN SERAM)

Bagi post kali ini pula, Belalang Production dikehendaki untuk membuat video seram. Oleh itu kami telah sepakay untuk membuat kisah seram di bilik asrama. Kisah ini adalah tentang seorang yang dirasuk dan telah membunuh rakan-rakannya. Siapakah dalang di sebalik misteri tersebut? Saksikan video seram daripada Belalang Production.


BBM3410Satu2019 - VIDEO 12 (VLOG TEMU BUAL PENSYARAH)

Kali ini kami ditugaskan pula untuk membuat video VLOG temubual bersama dengan pensyarah dan pelajar tentang penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran. Untuk pensyarah, kami telah menemu bual Dr. Rohaidah Kamaruddin. Untuk pelajar, kami memilih saudara Naim Shauqi.


BBM3410Satu2019- VIDEO 13 (SERBUK PENCUCI BAJU)

Untuk video kali ini, kami ditugaskan untuk membuat video bagi mempromosikan produk sabun pencucu baju. Kami memilih jenama EH HILANG dan membuat enam jenis botol untuk disesuaikan dengan jenama kami. Lagu yang dipilih ialah REVOLUSI oleh kumpulan BUNKFACE.


BBM3410Satu2019 - VIDEO 11 (VIDEO FOKUS)

Kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda berkaitan tugasan kumpulan yang telah diberikan kepada kami. Pada video kali ini, Prof. Dr. Normaliza meminta kami melakukan satu video tentang FOKUS. Pada video ini, pihak Belalang Production telah memilih lagu Pulang oleh versi seruling oleh IMSOMNIACK sebagai lagu pilihan. Kami telah memilih PUZZLE sebagai barang yang difokus.


BBM3410Satu2019- VIDEO 10 (VBLOG KONVOKESYEN UPM 2019)


Kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda berkaitan tugasan kumpulan yang telah diberikan kepada kami. Pada video kali ini, Prof. Dr. Normaliza meminta kami melakukan satu video VLOG tentang suasana Konvokesyen yang diadakan di UPM. Pada video ini, pihak Belalang Production telah telah bekerjasama menjayakan vlog tersebut dengan baik dan mengikut seperti apa yang diminta oleh prof. Saya dipuji kerana mempunyai ciri-ciri seorang wartawan. hehe




BBM3410Satu2019- VIDEO 9 (ONE SHOT 3 LAYER)


Kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda berkaitan tugasan kumpulan yang telah diberikan kepada kami. Pada video kali ini, Prof. Dr. Normaliza meminta kami melakukan satu video tentang one shot, three layer. Pada video ini, pihak Belalang Production telah memilih lagu Siti Bilang oleh Danial Zaini sebagai lagu pilihan. Saya ditugaskan untuk menjadi watak utama dalam video ini sebagai penyanyi.




Monday, 16 December 2019

BM3410Satu2019 - VIDEO 8 (ONE SHOT 2 LAYER)

Kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda berkaitan tugasan kumpulan yang telah diberikan kepada kami. Pada video kali ini, Prof. Dr. Normaliza meminta kami membuat satu video tentang one shot, two layer. Pada video ini, pihak Belalang Production telah memilih lagu Suasana Hari Raya oleh Anuar Zain & Ellina.



BBM3410Satu2019- VIDEO 7 (ONE SHOT)

Kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda berkaitan tugasan kumpulan yang telah diberikan kepada kami. Pada video kali ini, Prof. Dr. Normaliza meminta kami melakukan satu video tentang one shot, one layer. Pada video ini, pihak Belalang Production telah memilih lagu Pura-Pura Bujang oleh Baby Shima sebagai lagu pilihan. Tarian dilakukan oleh ahli wanita Belalang Production.



BBM3410SATU - FOTOGRAFI 5 (FLAT LAY KUMPULAN)

Pada post kali ini, saya ingin berkongsi kepada anda semua tentang tugasan yang telah diberikan kepada kami. Prof. Dr. Normaliza telah mengarahkan kami supaya membuat tugasan berkumpulan dan video kali ini berkaitan dengan video flat lay. Terdapat 4 sudut flat lay yang berbeza iaitu 90 darjah, 45 darjah, 22.5 darjah dan 0 darjah.



BBM3410Satu2019 - FOTOGRAFI 4 (SIMPULAN BAHASA) - Mentera Semerah Padi

Pada post kali ini, saya ingin berkongsi kepada anda semua tentang tugasan yang telah diberikan kepada kami. Prof. Dr. Normaliza telah mengarahkan kami supaya membuat tugasan berkumpulan dan video kali ini berkaitan dengan simpulan bahasa. Kami perlu melakonkan watak tersebut bersesuaian dengan simpulan bahasa yang dipilih.



BBM3410Satu2019 - FOTOGRAFI 3 (POTRET & SWAFOTO)

Assalamualaikum,
Pada post kali ini, saya ingin kongsikan tentang hasil tugasan kumpulan yang telah kami lakukan. Pada kali ini, Prof. Dr. Normaliza mengarahkan setiap kumpulan untuk membuat satu video tentang asas fotografi. Pada video kali ini, Prof. meminta kami untuk mengambil gambar berkaitan pemandangan, bayang manusia dan objek, silhoutte, kabur tumbuhan dan kabur haiwan, kabur manusia, dan pendua. Belalang Production berjaya melaksanakannya.



BBM3410Satu2019: MINGGU 12 INSTAGRAM DUA

Untuk post yang ni, paling special sebab saya selfie dengan prof. Gambar ni sepuluh tahun akan jadi paling epik.

BBM3410Satu2019: MINGGU 12 INSTAGRAM SATU

Untuk post minggu ini, saya ditugaskan untuk memuatnaik gambar yang menunjukkan riak muka seiras emoji. Oleh itu saya memilih gambar ini yang diambil ketika di Ikea Cheras.



BBM3410Satu2019: MINGGU 11 INSTAGRAM DUA

Untuk post yang seterusnya, pelajar perlu memuatnaik gambar bertemakan keberkatan. Oleh itu saya telah memilih gambar bersama keluarga kerana tanpa mereka, saya takkan mampu untuk berada di tempat sekarang.



BBM3410Satu2019: MINGGU 11 INSTAGRAM SATU

Pada minggu ini, pelajar ditugaskan untuk memuatnaik gambar mak dan  membuat caption tentang perbualan yang mencuit hati antara saya dan mak.


BBM3410Satu2019: ULASAN BUKU KAJIAN WACANA

Post ini adalah untuk menerangkan tentang buku kajian wacana oleh Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim.




BBM3410Satu2019: MINGGU 10 INSTAGRAM DUA

Bagi post kali ini, pelajar dikehendaki memuatnaik gambar bertemakan kegembiraan. Gambar ini saya bersama dengan kesemua anak saudara saya ketika majlis persaraan ayah saya.





BBM3410Satu2919: MINGGU 10 INSTAGRAM SATU

Pada minggu ini, pelajar perlu memuatnaik gambar yang bertemakan kelegaan. Gambar diambil bersama Prof Normaliza ketika Majlis Konvokesyen UPM.



BBM3410Saatu2019: MINGGU 9 INSTAGRAM SATU

Bagi post kali ini adalah untuk memuatnaik gambar yang bertemakan ketenangan, Gambar diambil di Ion Delemen, Genting Highlands.



BBM3410Satu2019 : MINGGU 9 INSTAGRAM DUA

Post ini diberikan pada minggu kedua. Pelajar dikehendaki untuk memuatnaik gambar yang bertemakan keredhaan.

Monday, 2 December 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Eh!!! Media Sosial


Kemajuan yang  pantas dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi menjadikan pelbagai kaedah dan pendekatan yang pelbagai. Dalam buku Eh!!! Media Sosial banyak memberikan pelbagai input yang berguna dalam bidang multimedia khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Kaedah pengajaran perlu mempunyai pelbagai variasi supaya sesi pengajaran mempunyai komunikasi dua hala dan meraih banyak perhatian daripada pelajar. Media sosial sememangnya menjadi platform yang menjadi pilihan khususnya dalam bidang pendidikan kerana selaras dengan kemajuan teknologi, media social mampu memberikan sumber yang interaktif kepada para pelajar dan guru. Dalam buku Eh!!! Media Sosial menyediakan pelbagai ilmu, kaedah serta kajian-kajian yang berkatai dengan media sosial khususnya. Antara platform kaedah penggunaan media social yang boleh didapati dalam buku ini ialah Facebook, e-mel, Instagram, Twitter dan Blog. Kajian lepas berkenaan media social turut turut boleh dijadikan sumber rujukan dan melihat impak media sosial serta mengenal pasti isu dan cara untuk mengatasinya terutamanya dalam bidang pendidikan. Modul untuk mempelajari langkah-langkah membuka akaun baharu untuk kesemua platform media social yang telah dinyatakan. Media social dan rangkaian sosial menawarkan peluang untuk pembelajaran bahasa yang berkesan secara spesifik untuk mengukuhkan kaedah pengajaran dan pembelajaran pelajar dan guru, meningkatkan kefasihan bahasa pelajar, menanam sikap positif dan minat seperti menambah baik prestasi pelajar. Buku ini dapat memberikan gambaran yang jelas terhadap penggunaan media sosial dalam sudut yang positif. Diahrap keputusan dan cadanagn yang telah diberikan oleh penulis dalam buku ini dapat menaikkan minat para penyelidik, guru, pentadbiran dan pembuat sukatan pembelajaran melibatkan media sosial dan rangkaian media sosial dalam silibus pendidikan pada pelbagai peringkat.

Rujukan:

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu. Penerbit UMT.

*BUKU INI BERHARGA RM 60*

#ProfDrN2019Satu
#BBM3410Satu2019
#Minggu11KelasAmali
#UlasanBuku
#NakBukaFacebookPunKenaAdaIlmu



BBM5407Dua2021: Teori/Pendekatan Wacana (Bukit Kepong)

 Filem Bukit Kepong Durasi: 1.16.00 - 1.30.00 P10: sarjan, balai terbakar P2: mari, baik kau keluar. Masuk dalam kubu. W1: abang...abang...