Assalamualaikum.
Sayang seribu kali sayang. Kelas dah nak habis. Banyak benda yang berlaku, banyak benda yang tak sangka boleh buat sampai hilang rasa malu (kot). Tanggapan pertama untuk kelas ni dia macam pelik sikit. Teruja tapi takut. Teruja sebab orang kata kelas ni best sebab senang, shooting seronok dan boleh jalan-jalan. Takut pulak sebab orang kata Prof yg mengajar ni garang macam singa. Nak jadikan cerita, belum start kelas lagi aku dah kena bersemuka dulu dengan Prof ni sebab entah kenapa dalam ramai-ramai budak BLM ni, aku antara yang terpilih dapat penyelia PITA bawah prof.
Semua berubah 360 darjah bila masuk je kelas ni. Prof yang disangka garang, citttt punyalah sporting teruk macam member-member je. Tapi adab pun kena jaga lah kan bila dengan beliau. Sia-sia belajar tinggi tapi takde adab. Terbalik pulak dengan teruja tadi. Alaaa yang orang kata kelas ni senang. Banyak la korang punya senang. Nak patah pinggang aku nak kena shooting 16 video rasanya. Tapi aku tak patah pinggang sorang-sorang. Patah pinggang biar ramai-ramai. Terima kasih , terima kasih dan terima kasih kepada semua ahli kumpulan Belalang Production iaitu qiu,kimah,pipah,rina,aten,ainul,suzi,golif dan daus. Bagi aku diorang la penyelamat untuk terus bernyawa nak habiskan kelas sampai minggu 14. Gaduh-gaduh manja tu biasa sebab kita kan macam adik beradik.
Yang last ni special sikit, kelas amali yang entah dari mana datang tak bagi salam pun dalam jadual smp tiba-tiba ada. Mula-mula masuk kelas tengok kelibat brother sorang ni macam kerek, garang dengan muka berjambang, seriau jugak nak masuk kelas. TAPIIIIIIII, tak sangka pulak masuk air brother ni tapi bakal dr. Itulah En Akmal kami yang paling boekkkkk. Boleh jugak panggil dia bangmal, tak pun nama glamour mr sepet. Hahahahaha.
Akhir kata, terima kasih untuk segalanya. Perjalanan bachelor untuk episod tiga tahun setengah amat bermakna. Ingatlah kalimat ni sampai bila-bila. “REDHA”. Segalanya akan mudah di kemudian hari. Sekian.
No comments:
Post a Comment