Nenek dan Datuk
Teori Brown & Yule (Pra-andaian)
Cerita sosial 1 nenek dan datuk menunjukkan pra-andaian. Alim
merupakan seorang kanak-kanak yang istimewa. Di samping itu, Alim juga seorang kanak-kanak yang suka akan
haiwan. Sebagai contohnya, dengan merujuk cerita social 1 ini setibanya
Alim sekeluarga di kampung dia terus keluar mencari ayam dan itik. Seterusnya
tiba tiba emosi Alim berubah menjadi sedih, marah, dan menangis kerana
ketiadaan ayam di reban atuknya. Sebagai contoh, nenek dan datuk berlari
dapatkan Alim yang sedang menangis di tepi reban. Alim juga bertanya kepada
nenek dan dtuk sambil menangis tentang ketiadaan ayam di reban. Selanjutnya, Alim berfikiran bahawa ayam dan itik datuk telah mati. Namun, anggapan
Alim salah setelah nenek menunjukkan kearah sekumpulan ayam dan itik di dalam
reban yang baharu yang dibuat oleh datuk yang terletak 50 meter dari reban yang
lama.
Selain daripada itu, dalam cerita sosial 1 ini perwatakan nenek
menunjukkan seorang lemah lembut dan penyayang. Hal ini kerana, nenek telah
menceritakan kepada alim secara lembut tentang perabot yang ada dalam rumah
tersebut. Hal ini berkemungkinan suara nenek dapat menenangkan Alim yang sedang
menangis. Oleh itu, Alim berhenti menangis setelah nenek memberi penerangan
secara lemah lembut. Ibu bapa Alim kelihatan sedih apabila melihat kelakuan
anaknya pada hari itu setelah sampai ke kampung nenek dan datuknya. Ini dapat
dibuktikan dengan ayat “Ibu bapa serta nenek dan datuk sedih melihat kelakuan
alim hari ini. Mereka hairan kenapa tiba-tiba Alim menangis tanpa sebab.
Tambahan lagi, nenek dan datuk bertanya soalan kepada Alim “Alim
buat apa di sini” dan “Kenapa ayam dan itik tinggal ldi sana?” Hal ini kerana,
soalan ini menunjukkan bahawa nenek dan datuk serta alim inginkan kepastian.
Hal ini berkemungkinan mereka berangapan bahawa Alim sakit ataupun lapar
sehinggakan Alim menangis secara tiba-tiba. Lanjutan itu, barulah nenek dan
datuk mendapat jawapan yang diinginkan dan faham keadaan Alim. Namun, Alim
masih tidak faham mengapa ayam dan itik tidak ada di tempat kebiasaanyya. Alim
beranggapan bahawa ayam dan itik datuk telah mati. Dalam hal ini, kita dapat
lihat Alim sangat menyayangi haiwan lalu dia menangis apabila sedih tidak
dapat melihat ayam dan itik. Setelah alim mendapat kepastian daripada atuk dan
nenek alim berasa gembira dan berkemungkinan berpuas hati apabila mendapati
bahawa ayam dan itik datuk masih ada di reban yang baru.
No comments:
Post a Comment