Thursday, 22 April 2021

BBM5407Dua2021: TEORI COULTHARD (1977) KELUARGA

 

LAGU: KELUARGA

TEORI COULTHARD (1977)

 

Saya berasa puas hati

Menolong ibu bapa setiap hari

Bermula di pagi hari

Sehingga malam nanti

 

Ibu bapa yang disayangi

Saya tetap berhati-hati

Menjaga budi pekerti

Keluarga saya yang dicintai

 

Saya sayang ibu dan bapa

Abang, kakak, adik dan saudara

Mereka semua ada bersama

Semasa saya memerlukan mereka.

 Penulis : Normaliza Abd Rahim

Penerbit : UMT
Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi
Teori dan Aplikasi

Berdasarkan lagu di atas, lagu ini menceritakan tentang kehidupan seorang anak terhadap kedua ibubapa mereka serta terhadap anggota keluarga yang lain. Contohnya seperti abang, kakak, adik dan saudaranya. Lagu yang berjudul keluarga ini, bertemakan institusi kekeluargaan. Hal ini kerana, penulis lirik lagu ini ingin menceritakan tentang sikap seorang anak yang baik dan sentiasa hormat dengan ibu bapa serta anggotanya yang lain. Linguistik kontekstual ialah bidang yang linguistik berinteraksi dengan disiplin-disiplin akademik yang lain. Dalam lirik lagu tersebut, penulis menggunakan watak “saya” sebagai penyampai dan penghubung antara ke satu ayat untuk menunjukkan perkaitan linguistik kontekstual tersebut.

Seterusnya dalam elemen fungsi bahasa pula adalah untuk menyampai sesuatu maklumat kepada pendengar. Sebagai contoh dalam lirik lagu cerita kanak-kanak ini, penulis ingin menceritakan kepada pembaca atau pendengar berkenaan seorang kanak-kanak sama ada lelaki atau perempuan yang menerangkan bahawa kanak-kanak tersebut berasa gembira dengan aktiviti hariannya. Hal ini terbukti apabila kanak-kanak ini berasa seronok menolong ibu bapanya. Dia juga seorang budak yang baik kerana dia berhati-hati dalam memilih perkataan ketika ingin bertutur. Jelaslah bahawa fungsi bahasa adalah untuk menyampaikan maklumat yang ingin diberikan kepada pembaca berkaitan dengan pperibadi kanak-kanak ini.

Manakala daripada sedi konteks pula penulis menggunakan ayat-ayat yang mudah difahami oleh pembaca sama ada kanak-kanak ataupun golongan dewasa. Penulis tidak menggunakan kata-kata yang terlalu berbunga yang susah difahami oleh pembaca. Penulis secara terus menerus menyatakan bahawa kanak-kanak tersebut sayang kepada ahli keluarga dan menggunakan ayat secara terus tanpa berselindung. 

Secara kesimpulannya jelas bahawa teori coulthard sememangnya menepati setiap elemen yang terdapat dalam analisis wacana.

 

No comments:

Post a Comment

BBM5407Dua2021: Teori/Pendekatan Wacana (Bukit Kepong)

 Filem Bukit Kepong Durasi: 1.16.00 - 1.30.00 P10: sarjan, balai terbakar P2: mari, baik kau keluar. Masuk dalam kubu. W1: abang...abang...