Thursday, 22 April 2021

BB5407Dua2021: TEORI JOHNSTONE (2002) SAYA YANG ISTIMEWA

 

TEORI JOHNSTONE (2002)

CERITA SOSIAL 2 : SAYA YANG ISTIMEWA

 

Dalam cerita sosial 2 yang bertajuk saya yang istimewa, setiap bahagian yang dinyatakan dalam teori johnstone sememangnya terdapat dalam cerita ini. Sebagai contoh dalam bahagian perenggan dan episod, terdapat sebanyak 15 perenggan yang dapat dikenal pasti. Dalam perenggan pertama, penulis menceritakan aktiviti bapa Alim pada hari ahad yang lalu iaitu pergi ke pasar tani. Hal ini dibuktikan dengan ayat “bapa Alim membawa pulang banyak buah-buahan dari pasar tani”. Seterusnya penulis menggunakan dialog unuk menceritakan bapa berdialog dengan Imran iaitu abang kepada Alim pada perenggan kedua. Penulis menbahagikan perenggan cerita dan perenggan dialog untuk memudahkan pembaca faham terhadap cerita yang ingin disampaikan.

Seterusnya pada bahagian wacana skemata dan struktur naratif, ialah sebuah penceritaan. Sebagai contoh, dalam cerita sosial 2 ini terdapat unsur naratif iaitu unsur penceritaan seperti di perenggan pertama pada permulaan perenggan. Penulis menggunakan ayat “pada hari ahad yang lalu” yang secara jelas menunjukkan awal sebuah penceritaan.

Selain itu pada bahagian susunan perbualan, penulis hanya meletakkan perbualan tersebut dia dalam satu situasi di mana bapa menyuruh abang Imran mengajak ahli keluarga yang lain untuk makan buah-buahan yang baru dibelinya. Tambahan pula, penulis tidak mencampur adukkan hal-hal yang lain di dalam susunan perbualan tersebut. Contohnya tidak meletakkan hal-hal seperti ingin keluar bersia-siar atau pulang ke kampung seperti dalam perenggan kedua.

Manakala untuk bahagian kohesi merupakan pengulangan perkataan. Sebagai contoh, dalam cerita sosial 2 ini, penulis telah perkataan berulang kali iaitu perkataan “buah-buahan”. Jika dilihat secara teliti, penulis telah menggunakan sebanyak 9 kali perkataan tersebut. Tuntasnya, penggunaanya kohesi sememangnya wujjud dalam cerita sosial 2 ini.

Akhir sekali untuk bahagian struktur dan peraturan, penulis menggunakan peraturan dalam penulisan dengan sewajarnya. Hal ini dapat dibuktikan dengan penggunaan tanda noktah, tanda soal, pengikat kata dan sebagainya. Penulis meletakkan segala tanda baca dengan tepat dan betul di setiap ayat dan perbualan.

No comments:

Post a Comment

BBM5407Dua2021: Teori/Pendekatan Wacana (Bukit Kepong)

 Filem Bukit Kepong Durasi: 1.16.00 - 1.30.00 P10: sarjan, balai terbakar P2: mari, baik kau keluar. Masuk dalam kubu. W1: abang...abang...