Tuesday, 17 December 2019

BBM3410Satu2019: Ketika dan Kalimat

Assalamualaikum.
Sayang seribu kali sayang. Kelas dah nak habis. Banyak benda yang berlaku, banyak benda yang tak sangka boleh buat sampai hilang rasa malu (kot). Tanggapan pertama untuk kelas ni dia macam pelik sikit. Teruja tapi takut. Teruja sebab orang kata kelas ni best sebab senang, shooting seronok dan boleh jalan-jalan. Takut pulak sebab orang kata Prof yg mengajar ni garang macam singa. Nak jadikan cerita, belum start kelas lagi aku dah kena bersemuka dulu dengan Prof ni sebab entah kenapa dalam ramai-ramai budak BLM ni, aku antara yang terpilih dapat penyelia PITA bawah prof.
Semua berubah 360 darjah bila masuk je kelas ni. Prof yang disangka garang, citttt punyalah sporting teruk macam member-member je. Tapi adab pun kena jaga lah kan bila dengan beliau. Sia-sia belajar tinggi tapi takde adab. Terbalik pulak dengan teruja tadi. Alaaa yang orang kata kelas ni senang. Banyak la korang punya senang. Nak patah pinggang aku nak kena shooting 16 video rasanya. Tapi aku tak patah pinggang sorang-sorang. Patah pinggang biar ramai-ramai. Terima kasih , terima kasih dan terima kasih kepada semua ahli kumpulan Belalang Production iaitu qiu,kimah,pipah,rina,aten,ainul,suzi,golif dan daus. Bagi aku diorang la penyelamat untuk terus bernyawa nak habiskan kelas sampai minggu 14. Gaduh-gaduh manja tu biasa sebab kita kan macam adik beradik.
Yang last ni special sikit, kelas amali yang entah dari mana datang tak bagi salam pun dalam jadual smp tiba-tiba ada. Mula-mula masuk kelas tengok kelibat brother sorang ni macam kerek, garang dengan muka berjambang, seriau jugak nak masuk kelas. TAPIIIIIIII, tak sangka pulak masuk air brother ni tapi bakal dr. Itulah En Akmal kami yang paling boekkkkk. Boleh jugak panggil dia bangmal, tak pun nama glamour mr sepet. Hahahahaha.
Akhir kata, terima kasih untuk segalanya. Perjalanan bachelor untuk episod tiga tahun setengah amat bermakna. Ingatlah kalimat ni sampai bila-bila. “REDHA”. Segalanya akan mudah di kemudian hari. Sekian.



BBM3410Satu2019 : Kalendar 2020

Ini adalah tugasan yang wajib untuk subjek multimedia. Kami dikehendaki untuk menyiapkan kalendar 2020. Kami membuat kalendar ini dengan tunjuk ajar tutor kami iaitu En Akmal. Kalendar dibuat sepanjang tiga minggu dalam kelas amali.















BBM3410Satu2019: VLOG MAKANAN (AYAM GEPUK PAK GEMBUS, BANGI)

Ini adalah tugasan individu atau berpasangan. Pelajar ditugaskan untuk membuat video VLOG makanan. Saya berpasangan dengan afifah dan naizatul untuk menjayakan video makanan ini. Kami membuat rakaman di Restoran Ayam Gepuk Pak Gembus di Bangi.


BBM3410Satu2019 - VIDEO 15 (One Shot Three Layer - SAYA TAHU)

Kali ini kami ditugaskan untuk membuat video One Shot Three Layer dengan menggunakan lagu Saya Tahu yang ditulis dan digubah oleh prof. Kami memilih lokasi di Alamanda, Putrajaya untuk menjayakan video tersebut. Dalam video ini juga terdapat seorang kanak-kanak yang comel yang kami import khas untuk video ini. Syabas Belalang Production.



BBM3410Satu2019 - VIDEO 14 (TRAGEDI DAN SERAM)

Bagi post kali ini pula, Belalang Production dikehendaki untuk membuat video seram. Oleh itu kami telah sepakay untuk membuat kisah seram di bilik asrama. Kisah ini adalah tentang seorang yang dirasuk dan telah membunuh rakan-rakannya. Siapakah dalang di sebalik misteri tersebut? Saksikan video seram daripada Belalang Production.


BBM3410Satu2019 - VIDEO 12 (VLOG TEMU BUAL PENSYARAH)

Kali ini kami ditugaskan pula untuk membuat video VLOG temubual bersama dengan pensyarah dan pelajar tentang penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran. Untuk pensyarah, kami telah menemu bual Dr. Rohaidah Kamaruddin. Untuk pelajar, kami memilih saudara Naim Shauqi.


BBM3410Satu2019- VIDEO 13 (SERBUK PENCUCI BAJU)

Untuk video kali ini, kami ditugaskan untuk membuat video bagi mempromosikan produk sabun pencucu baju. Kami memilih jenama EH HILANG dan membuat enam jenis botol untuk disesuaikan dengan jenama kami. Lagu yang dipilih ialah REVOLUSI oleh kumpulan BUNKFACE.


BBM5407Dua2021: Teori/Pendekatan Wacana (Bukit Kepong)

 Filem Bukit Kepong Durasi: 1.16.00 - 1.30.00 P10: sarjan, balai terbakar P2: mari, baik kau keluar. Masuk dalam kubu. W1: abang...abang...