Monday 25 November 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim


Buku “Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi” merupakan satu penulisan buku yang mengandungi pelbagai teori serta cara untuk mengaplikasikannya dalam bentuk tulisan ilmiah atau bidang penyelidikan. Penyelidikan mempunyai berbagai-bagai variasi antaranya ialah kajian lirik lagu, cerita, ujaran dan interaksi dalam perbualan. Buku ini merangkumi dua bahagaian iaitu kajian wacana dan strategi komunikasi. Kedua-dua bahagaian mempunyai hubung kai tantara satu sama lain kerana melibatkan komunikasi ujaran, interaksi, teks dan tulisan. Bab 1 menerangkan tentang definisi wacana agar dapat difahami dengan jelas dengan merujuk kepada wacana berbentuk teks, tulisan, ujaran dan interaksi. Pemahaman tentang wacana akan menjadi mudah jika seseoranag itu memahami tujuan setiap wacana yang disampaikan. Bab 2 pula menerangkan tentang teori dan pendekatan wacana. Terdapat pelbagai analisis wacana yang dikemukakan dan teori dan pendekatan yang sesuai dan tepat lebih diutamakan. Manakala bab 3 memfokuskan analisis wacana tekstual dan ujaran. Analisis wacana terbahagi kepada tiga iaitu kajian wacana tekstual lirik lagu, wacana tekstual cerita sosial dan ujaran dalam kalangan kanak-kanak autisme. Setiap cerita sosial yang diberi akan dikaji dengan menggunakan pelbagai teori. Seterusnya bab 4 menerangkan tentang strategi komunikasi. Strategi komunikasi digunakan sebagai percubaan sistematik oleh pelajar untuk mengutarakan atau memecahkan kod dalam bahasa sasaran dan bagaimana untuk berkomunikasi dengan berkesan agar maklumat jelas dan sampai kepada audiens. Bab 5 adalah tentang taksonomi dan pendekatan startegi komunikasi. Pelbagai taksonomi dan strategi diterangkan. Bab 6 mengandungi analisis stretegi komunikasi dalam kalangan kanak-kanak. Setiap ujaran kanak-kanak dianalisis dan dikaji dengan menggunakan startegi komunikasi. Bab 7 pula memfokuskan tentang cadangan kajian akan datang. Terdapat pelbagai cadangan diutarakan kepada para pengkaji untuk menjalankan penyelidikan.

Semoga buku ini memberi manfaat kepada pengkaji-pengkaji untuk membuat penyelidikan tentang wacana khususnya. Penggunaan teori analisis wacana dan strategi komunikasi dalam kajian dapat memberikesan terhadap penyelidikan. Diharap agar semua teori yang diberi dapat memberi manfaat kepada individu yang berkaitan serta memberi pemahaman yang mendalam terhadap sesebuah kajian kepada masyarakat. 

Rujukan;

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi:
Teori dan Aplikasi. Terengganu. Penerbit UMT.


*BUKU INI BERHARGA RM 20*


#ProfDrN2019Satu
#BBM3410Satu2019
#Minggu11KelasAmali
#UlasanBuku
#KaliniKitaBuatIlmiahSikit



No comments:

Post a Comment

BBM5407Dua2021: Teori/Pendekatan Wacana (Bukit Kepong)

 Filem Bukit Kepong Durasi: 1.16.00 - 1.30.00 P10: sarjan, balai terbakar P2: mari, baik kau keluar. Masuk dalam kubu. W1: abang...abang...