Sunday, 4 July 2021

BBM5407Dua2021: Teori Pilihan (DBP-Drama Korea: Fiksyen dan Realiti)

 


Analisis DBP – DRAMA KOREA: FIKSYEN DAN REALITI

Teori analisis wacana Normaliza Abd Rahim 2019

 

 

Pengekodan

PROF – Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim

MOD – Moderator

D – Dialog

A - Ayat

Kandungan (Tema)

Pengekodan

Tema

Data

PROFD13A5

Pengalaman

Lepastu tahun 2012, okay sebab daripada situ menyebabkan kita bermotivasi. 2010 saya tengok ,saya pergi dekat negara lain sebab saya tengok cerita orang putih tengok movie orang putih cerita PS I love you, sebab dibuat di Ireland gambar tu dia punta scenary dekat Ireland. Saya kata nak jugak tengok ni macam cantik je ni macam seven wonders tu kan tujuh ajaib di dunia.

PROFD5A3

Penceritaan

Cerita voice, skrang nk masuk season 4.  Hero voice tu sekarang nama dia seo seung heon dia terkenal dengan cerita dulu autumn in my heart. Kalau semua audiens pernah tengok autumn in my heart ni camtu juga kes dia, bercinta bercinta bercinta, mati. Sedih. Song hye kyo la heroin dia. Jadi yang itu tahun 2000 juga jadi yang itu dah meletop di malaysia pun semua orang sibuk tengok.

 

Konteks

Pengekodan

Konteks

Data

MODD1A4

Tatabahasa

Sintaksis: Bentuk Kata

Perkara yang buruk dan baik berlaku pada anda dan saya sebenarnya secara realiti saya dulu tak minat drama korea, tetapi bermulanya pandemik covid19 ini, disebabkan ada siaran percuma, saya terlihat drama korea dan terjatuh cinta sehinggalah ke hari ini.

MODD1A1

Latar

Masa

selamat malam kepada seluruh pelayar dan pengesta media sosial dewan bahasa dan pustaka. Apa khabar anda semua malam ini diharapkan kita semua sihat walafiat dan sentiasa dalam rahmatnya dan dilindungi daripada pandemik covid 19 ini insyallah. Sama-sama kita jaga kita, lindung diri kita. Sentiasa menjaga apa keadaan diri.

PROFD15A9

Emosi

Gembira

saya kata bestnya suasana korea ni, ahh tak kira nak jugak pergi korea. Saya kata I have to do something about it, saya nak jugak bekerja di korea sebab saya tengok drama bukan saja lee min ho sebab dia jadi budak sekolah, aaa cerita-cerita yang lain yang saya tengok macam saya kata cerita cinta lepastu mati.

 

Andaian

Pengekodan

Andaian

Data

PROFD17A5

Pendapat

Jangan bimbang mak bapak, memang saya tak bimbang, anak saya daripada kecik sampai ke besar akhirnya sekarang saya masih minat drama, dia macam krik krik tak minat. Kita boleh cakap nama pelakon tak tengok ke drama tu? Ohh tak sempat, ohh dah tak minat. Dia yang mula dulu, anak saya tu. Jadi jangan bimbang, diorang ni akan hilang nanti. Dia akan tengok sekejap lepastu, tapi pantau, kejap lagi kang dia akan minat benda lain.

PROFD13A6

Perujukan

Tapi kpop ni memang dia buat promosi pergi ke sekolah pergi ke university, tiap-tiap university memang ada dewan terbuka, memang ada macam stadium yang ni kan dia buat perform. Kat university saya ngajar tu memang selalulah penyanyi-penyayi yang baru nak diperkenalkan, dia akan buat promosi ke semua university. Yang itu kadang-kadang dengar bunyi band, malas nak singgah pun.

MODD13A1

Persoalan

Okay prof soalan seterusnya, yang ni soalan ni menarik dari fatin syahirah, pada pandangan prof segelintir ibu bapa di Malaysia tidak menggalakkan anaknya menonton drama korea kerana beranggapan ada unsur-unsur negative. Jadi apa pandangan prof terhadap pemikiran ibu bapa ini?

 

 

 

Bertitik tolak daripada transkripsi rancangan DBP – Drama Korea: Fiksyen dan Realiti yang telah dibuat, teori analisis wacana normaliza abd rahim 2019 telah dipilih untuk menaganalisis data yang diperolehi. Untuk elemen pertama dalam teori ialah kandungan yang mempunyai aspek tema. Tema merupakan subjek subjek yang menjadi dasar sesuatu teks, tulisan, ujaran ataupun interaksi. Tema juga merupakan tajuk atau pokok perbincangan dan dihuraikan serta mempunyai makna keseluruhannya. Sebagai contoh dalam aspek tema yang dikenalpasti antaranya ialah yentang tema pengalaman. Hal ini demikian kerana rancangan ini mengisahkan tentang drama korea dan PROF menceritakan juga pengalamannya ketika mengajar di korea. Hal ini terbukuti apabila PROF mengujarkan “2010 saya tengok ,saya pergi dekat negara lain sebab saya tengok cerita orang putih tengok movie orang putih cerita PS I love you, sebab dibuat di Ireland”, ini membuktikan bahawa PROF bukan sahaja menceritakan tentang drama korea malahan menceritakan juga pengalaman ketika berada di beberapa buah negara. Sebagai penonton sudah pasti akan tertarik dengan pengalam yang diceritakan kerana membuktikan bahawa apa yang diceritakan oleh PROF bukanlah sekadar rekaan semata-mata. Oleh itu, saya berpendapat bahawa tema pengalaman merupakan bagaimana seserang itu memberikan gambaran yang jelas tentang sesuatu perkara berdasarkan pengalaman yang dilalui olehnya sendiri tanpa pengaruh atau penambahan cerita daripada sumber lain.

Selain itu, tema penceritaan juga boleh diperhalusi dalam rancangan ini. Hal ini kerana secara keseluruhan, PROF telah menceritakan tentang drama-drama korea yang menarik yang boleh ditonton oleh semua golongan. Penceritaan ini bertitik tolak daripada drama yang dipilih dan PROF telah menceritakan tentang bebrapa elemen yang menarik terhadap sesebuah cerita. Sebagai contoh PROF menceritakan tentang sebuah drama dalam dialognya “Cerita voice, skrang nk masuk season 4.  Hero voice tu sekarang nama dia seo seung heon dia terkenal dengan cerita dulu autumn in my heart. Kalau semua audiens pernah tengok autumn in my heart ni camtu juga kes dia, bercinta bercinta bercinta, mati. Sedih”, berdasarkan dialog tersebut, penonton yang tidak pernah menonton drama tersebut sudah pasti mendapat gambaran secara kasar mengenai drama Voice tersebut. Oleh itu, penceritaan yang diberikan memberikan impak yang positif kepada penonton untuk lebih mencari maklumat tentang draman tersebut. Pada pendapat saya, tema penceritaan merupakan elemen yang tepat kerana sesebuah penceritaan semestinya berdasarkan fakta dan dengan cara ini sudah pasti huraian yang diberikan perlulah tepat dan memberi impak kepada penonton.

 

Manakala bagi elemen konteks pula, aspek pertama yang terdapat dalam konteks ialah tatabahasa. Tatabahasa melipuyi keseluruhan penggunaan kosa kata, kata, frasa dan ayat. Tatabahasa juga merupakan linguistik yang berkaitan dengan sintaksis dan morfologi, kadangkala juga fonologi dan semnatik. Untuk lebih spesifik, saya telah memilih sintaksis sebagai teras untuk menganalisis data. Sebagai contoh dalam dialog “Perkara yang buruk dan baik berlaku pada anda dan saya sebenarnya secara realiti saya dulu tak minat drama korea, tetapi bermulanya pandemik covid19 ini, disebabkan ada siaran percuma, saya terlihat drama korea dan terjatuh cinta sehinggalah ke hari ini”, berdasarkan dialog tersebut, kita dapat lihat bahawa penggunaan struktur yang mudah difahami akan dapat memudahkan penonton. Subjek dan prediket juga boleh dilihat dalam ayat yang diujarkan misalnya p”perkara buruk dan baik” sebagai subjek dan “berlaku pada anda dan saya secara realiti...” merupakan prediket. Pada pendapat saya, ujaran yang digunakan membuktikan bahawa moderator merupakan seorang yang yang teliti tentang perkataan-perkataan yang dituturkan supaya tidak memberikan makna yang tidak tepat.

Seterusnya aspek yang terdapat dalam elemen konteks ialah latar. Latar yang dipilih ialah latar masa. Latar masa boleh dianalisis dengan memberi huraian tentang masa berlakunya perkara tersebut. Dalam rancangan ini latar masa yang boleh diamati ialah rancangan ini dilakukan pada waktu malam. Hal ini terbukti apabila MOD iaitu moderator menyatakan “selamat malam kepada seluruh pelayar dan pengesta media sosial dewan bahasa dan pustaka. Apa khabar anda semua malam ini”, dan secara tidak langsung penonton yang menyaksikan ulangan rancangan tersebut dapat mengetahui tentang masa rancangan tersebut bersiaran. Di samping itu kita dapat lihat juga latar masa yang berlaku dalam suasana pandemik covid 19 yang terkait dalam dialog “dan dilindungi daripada pandemik covid 19”. Moderator atau MOD telah memberitahu penonton supaya menjaga diri mereka ketika berhadapan dengan wabak covid 19 yang telah meragut banyak nyawa sepanjang penularannya di negara ini. Hal ini memberi gambaran bahawa moderator telah memberikan nasihat yang mendalam kepada para penonton. Pada pandangan saya, latar masa yang diberikan adalah berdasarkan penggambaran yang dilakukan pada waktu malam dan pada musim pandemik covid 19 merupakan tepat kerana kita sedia maklum bahawa negara sedang berperang dengan wabak yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar dan dibuktikan dengan penggambaran ini dilakukan dengan menggunakan aplikasi Facebook Live sahaja.

 

Di samping itu, dalam elemen konteks, aspek emosi juga boleh dibincangkan. Emosi merupakan suatu perasaan atau gejolak jiwa yang muncul di dalam diri seseorang akibat adanya rangsangan, baik dari dalam diri sendiri mahupun dari luar. Sebagai contoh, emosi yang boleh dikenalpasti dalam transkripsi yang telah dilakukan ialah gembira. Hal ini terbukti dalam dialog “saya kata bestnya suasana korea ni, ahh tak kira nak jugak pergi korea. Saya kata I have to do something about it”, yang merujuk kepada perasaan gembira PROF untuk memasang tekad untuk pergi ke negara Korea akibat daripada pengaruh emosi yang gembira yang terbina hasil daripada menonton drama Korea. Justeru penonton dapat merasai perasaan tersebut berdasarkan reaksi yang ditunjukkan oleh PROF dalam rancangan tersebut. Pada pandangan saya, emosi gembira dapat menaikkan semangat atau merancakkan lagi perbualan dalam sesebuah rancangan dan juga mampu melancarkan perjalanan rancangan tersebut.

Seterusnya untuk elemen terakhir ialan andaian yang terbahagi kepada tiga aspek iaitu pendapat, perujukan dan persoalan. Bagi aspek pertama iaitu pendapat yang dianalisis dengan apa juga pendapat yang diberi melalui teks, tulisan, ujaran dan interaksi. Sebagai contoh, dalam dialog yang diujarkan dapat dilihat aspek pendapat “Jangan bimbang mak bapak, memang saya tak bimbang, anak saya daripada kecik sampai ke besar akhirnya sekarang saya masih minat drama”, yang merujuk kepada PROF yang memberi pendapat bahawa drama Korea tidak akan mempengaruhi fikiran anak-anak. Hal ini demikian kerana ibu bapa masih lagi mempunyai pandangan yang negatif terhadap drama tersebut. Oleh itu, PROF telah menceritakan tentang pengalamannya sebagai ibu yang melihat sendiri perubahan yang dialami oleh anaknya. Justeru menurut saya, drama Korea bukanlah kesemuanya negatif, masih terdapat drama yang memberikan pengajaran dan juga ilmu yang baharu kepada sesiapa yang menontonnya.

Tambahan pula, aspek yang seterusnya ialah perujukan yang mana ayat atau kenyataan tersebut merujuk kepada sesuatu bahan, perkara ataupun manusia. Hal ini mudah untuk dilihat apabila setiap objek atau kenyataan merujuk kepada kenyataan yang sebelumnya. Sebagai contoh “Tapi kpop ni memang dia buat promosi pergi ke sekolah pergi ke university, tiap-tiap university memang ada dewan terbuka, memang ada macam stadium yang ni kan dia buat perform”, dialog tersebut diujarkan oleh PROF yang merujuk kumpulan penyanyi K-Pop yang membuat promosi di universiti untuk memperkenalkan kumpulan-kumpulan baharu. Kita sedia maklum bahawa K-Pop merupakan satu fenomena yang kian meningkat bukan sahaja di negara mereka bahkan di negara kita sendiri mempunyai peminat. Penonton yang tidak tahu berkenaan dengan K-Pop juga dapat memahaminya kerana PROF telah memberikan rujukan terhadap sebuah kumpulan penyanyi di Korea. Pada pendapat saya, untuk meminati sesebuah kumpulan K-Pop tiada masalah namun perlulah bijak mengawalnya supaya tidak terlalu ekstrem.

Akhir sekali ialah aspek persoalan iaitu menunjukkan bahwa setiap teks, tulisan, ujaran dan interaksi mengandungi persoalan yang memerlukan jawapan. Persoalan sabgat penting dalam setiap perbualan. Sebogai contoh kita dapat lihat dalam rancangan ini terdapat aspek persoalan apabila MOD telah memberikan persoalan kepada PROF berkait dengan tajuk rancangan misalnya “pada pandangan prof segelintir ibu bapa di Malaysia tidak menggalakkan anaknya menonton drama korea kerana beranggapan ada unsur-unsur negative. Jadi apa pandangan prof terhadap pemikiran ibu bapa ini?”, dalam dialog ini PROF telah diberikan persoalan tentang pemikiran ibu bapa tentang unsusr-unsur negatif dalam drama korea. Dengan timbulnya persoalan ini, penonton yang mungkin terdiri dalam kalangan ibu bapa pastinya amat menantikan jawapan yang bakal diberikan oleh PROF. Hal ini demikian kerana mereka juga memerlukan pencerahan yang mendalam tentang kesan baik atau buruk drama Korea kepada anak-anak mereka. Oleh itu, saya beranggapan bahawa persoalan yang diberikan merupakan asas utama dalam sesebuah rancangan supaya dapat menarik perhatian penonton untuk terus menonton rancangan tersebut sehingga ke akhir rancangan.

No comments:

Post a Comment

BBM5407Dua2021: Teori/Pendekatan Wacana (Bukit Kepong)

 Filem Bukit Kepong Durasi: 1.16.00 - 1.30.00 P10: sarjan, balai terbakar P2: mari, baik kau keluar. Masuk dalam kubu. W1: abang...abang...