Pulau mabul : 3 Destinasi Pelancongan
NAR: untuk meneroka keseluruhan keindahan pulau ini, anda hanya
perlu mengambil paling lama cuma dua jam sahaja. Pulau mabul terletak di
pesisir pantai tenggara negeri sabah, malaysia. pulau ini terkenal kerana dekat
dengan pulau sipadan. Bagi anada yang ingin menggunakan perkhidmatan
penerbangan, anda akan mendarat di lapangan terbang Tawau, Sabah. Dari tawau
pula, anda perlu menaiki teksi ke daerah Semporna yang terkenal dengan pesta
regata lepa-lepa setiap bulan april. Kebetulan tarikh kami tiba di semporna,
penduduk sekitar semporna sedang meraikan perayaan pesta regata lepa-lepa yang
diadakan setiap setahun sekali. Untuk ke pulau mabul, perancangan perlu disusun
dengan teratur bagi memastikan kelancaran perjalanan. Satu jam perjalan
diperlukan dari tawau ke semporna bagi mendapatkan perkhidmatan bot dari jeti
awam, semporna. Terdapat banyak pihak yang mengendalikan perkhidmatan sewaan
bot-bot laju untuk ke daerah-daerah di sekitar semporna. Setiap perjalanan bot
untuk ke pulau mabul perlu singgah ke jeti dan pusat informasi pelancong.
Setiap bot dan pelancong perlu mendaftar di sisi sebelum mendarat di pulau
mabul. Ia bertujuan bagi melancarkan perjalanan dan percutian
pengunjung-pengunjung ke pulau mabul. Aktiviti perjalanan keluar masuk ke pulau mabul dibuka dari jam enam pagi
sehingga enam petang. Manakala pada jam enam petang sehingga enam pagi pula
dilarang sebarang aktiviti laut demi memberi laluan kepada pihak tentera laut
marin dan pasukan gerakan am atau PGA untuk menjalankan tugas bagi menjamin
keselamatan sekitar pulau mabul. Setibanya kami di pulau mabul, kami disambut
mesra oleh beberapa orang anggota polis yang ditugaskan di pengkalan operasi
hadapan pasukan polis marin atau IFOB, Island Forward Operation Base. Terdapat
tiga buah perkampungan yang terdapat yang didirikan di pulau ini. Kampung Sama
Relaut, Kampung Tengah dan Kampung Mabul merupakan perkampungan yang didiami
oleh sejumlah tiga ribu penduduk tempatan Pulau Mabul. Namun hanya tiga ratus
orang penduduk sahaja yang mempunyai kad pengenalan sebagai penduduk tempatan
dengan taraf hak kerakyatan negara Malaysia. Aktiviti penduduk di sini bertumpu
sebagai nelayan dengan kegiatan menjual hasil tangkapan laut kepada pengusaha
resort, pelancong-pelancong dan penduduk setempat. Harga yang diniagakan
amatlah berpatutan. Jadi bagi anda yang menggemari makanan laut bolehlah datang
ke Pulau Mabul bagi merasakan keenakan hasil laut yang segar dan enak. Bagi
mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan resort dah chalet, di sini terdapat
pelbagai pakej yang disediakan mengikut kemampuan anda. Setelah kami meninjau
ketiga-tiga kampung yang terdapat di Pulau Mabul, kami sempat menebual Timbalan
Panglima Encik Mat Katibin bin Arifin sebagai timbalan ketua kampung Sama
Relau.
TKK: kita di sini kita ada dua puak sebenarnya okay daripada kami
sebenarnya dari bajau, bangsa bajau seratus peratus bajau laut sumber rezeki tu
memang dari laut seratus peratus. Segi mancing,, segi pakai pukat tu pukat.
Pada semua penonton-penonton yang berada di luar sana okay, jangan lupa kalau
nak lebih lanjut lagi datang ke Pulau Mabul, Semporna dan di sini kami ada
banyak aktiviti bukan sekadar aktiviti orang kata yang diver ataupun menyelam,
kita juga ada aktiviti kemasyarakatan melibatkan penduduk kampung di mana kita
punya etnik, etnik errr bangsa yang kampung sikitlah. Dan juga selalunya
daripada semenanjung datang sini kita ada banyak program libatkan kebudayaan,
kemasyarakatan dan banyak lagi.
NAR: kepentingan penduduk dari segi pendidikan seperti penyediaan
kemudahan sekolah turut menjadi keutamaan bagi anak-anak penduduk sekitar.
Masjid Maqbul menjadi sebahagian daripada kemudahan bagi kegunaan jemaah
penduduk sekitar untuk aktiviti ilmiah dan pusat agama Islam di sini.
PJG: saya duduk dekat Johor Bharu tapi asal usul saya memnag orang
Sabah tapi saya dah lama duduk dekat Johor ah. Jadi kebetulan saya datang kat
sini Pulau Mabul err jumpa keluarga dan kat Pulau Mabul ni banyak dia punya
kelebihan dan banyak dia punya aktiviti dan pelancongan dan paling best dekat
sini kita boleh apa semua saja ikan apa semua, dia punya air jernih dan best
dekat pulau ni dan kehidupan dia tenteram dan aman takdak apa-apa semua dekat
sini. Dan jangan takut apa-apa dekat luar sini ada macam apa je ni yang takda.
Memang sini best.
NAR: suasana nyaman di samping reka bentuk resort mengadap saujana
mata memandang jadi pilihan bagi penggemar laut khususnya dan pencinta alam
amnya. Peluang perniagaan seperti kedai runcit, warung, kedai pakaian,
cenderahati dan restoran turut terdapat di persekitaran perkampungan pulau
sedikit sebanyak memberi impak kepada masyarakat sekitar bagi menjana
pendapatan di samping berpeluang mendekati pelancong-pelancong dari luar
negara. Scuba Junku Mabul Beach Resort menyediakan perkhidmatan bagi
pengunjung-pengunjung yang gemar aktiviti menyelam skuba atau scuba diving.
Dapat dilihat deretan resort yang indah dan unik di pesisiran pantai. Pulau
Mabul unik kerana hasil laut semula jadi di samping penduduk yang bertungkus
lumus di dalam menaiktaraf Pulau Mabul ke peringkat antarabangsa. Ternyata
Malaysia mempunyai banyak lagi destinasi menarik yang mampu mengunjur sektor
pelancongan negara Malaysia. pulau Pangkor, Pulau Perhentian dan Pulau Mabul
merupakan di antara pulau pilihan untuk destinasi kali ini. Nantikan episod
yang akan datang dengan paparan yang lebih menarik di samping informasi terkini
mengenai keindahan di Malaysia. semoga dengan paparan ini menjadi inspirasi
kepada anda untuk merancang percutian anda ke destinasi menarik di Malaysia.
tiga destinasi akan terus mengupas dan meneroka keunikan dan keindahan
Malaysia.
Pengekodan
NAR: Narator
TKK: Timbalan Ketua Kampung
PJG: Pengunjung
D: Dialog
B: Baris
Kandungan (Tema)
Pengekodan |
Elemen |
Data |
NARD5B10 |
Pelancongan |
Ternyata Malaysia mempunyai banyak lagi destinasi menarik yang
mampu mengunjur sektor pelancongan negara Malaysia. |
NARD5B1 |
Keindahan Alam |
suasana nyaman di samping reka bentuk resort mengadap saujana
mata memandang jadi pilihan bagi penggemar laut khususnya dan pencinta alam
amnya. |
Elemen pertama yang
dianalisis ialah kandungan yang dianalisis melalui tema, sampel/bahan dan
jenis(tema,jenis teks/tulisan), (buku, novel dan lain-lain) atau menjari
ujaran/interaksi. Dalam transkripsi dokumentari 3 destinasi: Pulau Mabul ini
dapat dilihat tema yang pertama ialah pelancongan. Sebagai
contoh, dalam dokumentari ini NAR
iaitu narator telah memberitahu dalam dialog iaitu “Ternyata Malaysia mempunyai
banyak lagi destinasi menarik yang mampu mengunjur sektor pelancongan negara
Malaysia”, berdasarkan petikan ini penonton dapat memahami tentang
tema keseluruhan yang disampaikan dalam dokumentari ini. Hal ini kerana, pelancongan merrujuk kepada aktiviti
melawat, melancong atau mengembara ke sesuatu tempat lain yang melebihi lima
puluh batu dari tempat kediaman dan tidak lebih dari satu tahun untuk tujuan
rekreasi atau mengisi masa lapang. Pelancongan mungkin boleh dilakukan di
peringkat antarabangsa, atau di dalam negara. Pada pendapat saya, tema pelancongan dipilih kerana kita
dapat lihat tujuan dokumentari dibuat adalah untuk menarik perhatian pelancong
untuk memilih Pulau Mabul sebagai destinasi pelancongan. Hal ini demikian
kerana sektor pelancongan merupakan penyumbang utama dalam peningkatan ekonomi
negara.
Selain itu, tema keindahan alam juga
boleh disaksikan melalui dokumentari ini. Sebagai
contoh pada dialog yang diucapkan oleh narator, NARD5B1 yang mengatakan
“suasana nyaman di samping reka bentuk resort mengadap saujana mata memandang
jadi pilihan bagi penggemar laut khususnya dan pencinta alam amnya”, yang menunjukkan
bahawa Pualu Mabul merupakan tempat yang mempunyai pemandangan yang indah
dengan keindahan alam yang menarik. Justeru itu penonton
dapat melihat pelbagai khazanah dan pemandangan yang menarik sepanjang
dokumentasi dijalankan dan mampu menarik mereka untuk datang melancong ke Pulau
Mabul. Pada
pandangan saya,
keindahan alam hadir dalam berbagai-bagai bentuk khususnya keadaan bentuk muka
bumi dan penduduk yang mempunyai tradisinya yang tersendiri.
Konteks
Pengekodan |
Elemen |
Data |
TKKD2B1 |
Tatabahasa (sintaksis) |
kita di sini kita ada dua puak sebenarnya okay daripada kami
sebenarnya dari bajau, bangsa bajau seratus peratus bajau laut sumber rezeki
tu memang dari laut seratus peratus. Segi mancing,, segi pakai pukat tu pukat |
NARD1B22 |
Latar (masyarakat kampung) |
Terdapat tiga buah perkampungan yang terdapat yang didirikan di
pulau ini. Kampung Sama Relaut, Kampung Tengah dan Kampung Mabul merupakan
perkampungan yang didiami oleh sejumlah tiga ribu penduduk tempatan Pulau
Mabul |
PJGD4B4 |
Emosi
(kagum) |
dan
paling best dekat sini kita boleh apa semua saja ikan apa semua, dia punya
air jernih dan best dekat pulau ni dan kehidupan dia tenteram dan aman takdak
apa-apa semua dekat sini. |
Dalam elemen konteks, aspek
pertama yang dikaji ialah tatabahasa iaitu meliputi keseluruhan penggunaan kosa
kata, kata, frasa dan ayat. Dalam hal ini, saya mengambil cabang sintaksis
iaitu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi
ayat. Dalam transkrip yang telah dibuat, saya mendapati bahawa berlaku
kesalahan sintaksis dalam lisan yang disampaikan. Sebagai contoh dalam dialog
TKKD2B1 “kita di sini kita ada dua puak sebenarnya okay daripada kami
sebenarnya dari bajau, bangsa bajau seratus peratus bajau laut sumber rezeki tu
memang dari laut seratus peratus. Segi mancing,, segi pakai pukat tu pukat”, berdasarkan
dialog tersebut, kita dapat lihat bahawa penggunaan bentuk kata yang dilakukan
adalah salah. Hal ini demikian kerana dalam aspek subjek dan prediket, misalnya
dalam ayat “segi mancing, segi pakai pukat tu pukat” ini tiada keterangan
selepas itu dan perlu dinyatakan dengan jelas apa yang disampaikan pada
peringkat subjek. Pada
pendapat saya, sebagai individu yang ingin menyampaikan maklumat terhadap
sesuatu perkara perlulah menggambarkannya dengan jelas supaya orang yang
menerima dapat memahami tentang apa yang disampaikan.
Seterusnya ialah aspek latar yang dianalisis
mengikut semua keterangan yang terbahagi kepada tiga iaitu latar tempat, latar
masa dan latar masyarakat. Dalam dokumentasi ini, saya dapat melihat terdapat
latar masyarakat yang boleh diketengahkan. Sebagai
contoh pada bahagian NARD1B22 di mana narator memberitahu “Terdapat tiga
buah perkampungan yang terdapat yang didirikan di pulau ini. Kampung Sama
Relaut, Kampung Tengah dan Kampung Mabul merupakan perkampungan yang didiami
oleh sejumlah tiga ribu penduduk tempatan Pulau Mabul”, di sini penonton
dapat menggambarkan bahawa di Pulau Mabul terdapat masyarakat yang menetap di
kampung yang mempunyai tiga perkampungan kesemuanya. Pada pendapat saya, latar masyarakat kampung yang
dikenalpasti merupakan elemen daya penarik untuk pelancong datang ke Pulau
Mabul bagi menyaksikan kehidupan sebagai masyarakat kampung dalam kalangan
etnik bajau.
Selain itu, aspek yang terdapat dalam
elemen konteks juga ialah emosi. Emosi dianalisis dengan mengambil kira suatu
perasaan atau gejolak jiwa yang muncul di dalam diri seseorang akibat adanya
rangsangan. Dalam transkripsi yang dinyatakan, terdapat aspek emosi kagumyang
dikenalpasti. Sebagai contoh ayat “dan paling
best dekat sini kita boleh apa semua saja ikan apa semua, dia punya air jernih
dan best dekat pulau ni dan kehidupan dia tenteram dan aman takdak apa-apa
semua dekat sini”, yang memperlihatkan pelancong yang datang ke Pulau Mabul
begitu terpesona dengan kecantikan laut di Pulau Mabul. Hal ini membuatkan penonton berasa tertarik untuk pergi ke sana.
Pada pandangan saya, sebagai pelancong, sudah pastinya
akan mengunjungi Pulau Mabul disebabkan oleh ingin melihat sendiri keindahan
yang digemparkan yang terdapat di sana.
Andaian
Pengekodan |
Elemen |
Data |
PJGD4B3 |
Pendapat |
kat Pulau Mabul ni banyak dia punya kelebihan dan banyak dia
punya aktiviti dan pelancongan |
NARD1B15 |
Perujukan |
Aktiviti penduduk di sini bertumpu sebagai nelayan dengan
kegiatan menjual hasil tangkapan laut kepada pengusaha resort,
pelancong-pelancong dan penduduk setempat. |
NARD1B30 |
Persoalan |
Setelah kami meninjau ketiga-tiga kampung yang terdapat di Pulau
Mabul, kami sempat menebual Timbalan Panglima Encik Mat Katibin bin Arifin
sebagai timbalan ketua kampung Sama Relau. |
Dalam elemen andaian,
terdapat aspek pendapat yang dianalisis dengan apa juga pendapat yang diberi
melalui teks, tulisan, ujaran dan interaksi. Sebagai
contoh dalam dialog yang iujarkan oleh PJGD4B3 “kat Pulau Mabul ni
banyak dia punya kelebihan dan banyak dia punya aktiviti dan pelancongan” yang merujuk
kepada pendapatnya tentang keindahan yang terdapat di Pulau Mabul. Hal ini demikian kerana menurut pengunjung tersebut,
dia amat berpuas hati dengan segala kemudahan-kemudahan yang terdapat di Pulau
Mabul termasuklah kemudahan pengangkutan, kemudahan kedai runcit, kemudahan
masjid dan sebagainya. Menurut pandangan saya, Pulau Mabul sudah pasti menjadi destinasi yang wajib
untuk dilawati kerana segala kemudahan adalah lengkap dan banyak aktiviti yang
boleh dilakukan sekiranya beraeda di sana.
Selain itu, aspek yang kedua ialah
perujukan yang mana ayat atau kenyataan tersebut merujuk kepada sesuatu bahan,
perkara mahupun manusia. Sebagai contoh dalam
transkrip di atas di bahagian NARD1B15 yang menyatakan “Aktiviti penduduk di
sini bertumpu sebagai nelayan dengan kegiatan menjual hasil tangkapan laut
kepada pengusaha resort, pelancong-pelancong dan penduduk setempat”. Berdasarkan dialog yang disebut, narator telah
merujuk kepada kegiatan harian penduduk seharian tentang aktiviti atau
pekerjaan penduduk di Pulau Mabul yang menjadi nelayan berpandukan daripada
hasil pemerhatian narator sepanjang dia berada di sana. Sebagai penonton, mereka semestinya jelas dengan segala aktiviti
yang dijalankan oleh penduduk di sana. Pada pemerhatian saya, menjadi nelayan sudah pasti
pilihan utama penduduk Pulau Mabul ini kerana mereka merupakan kaum yang berasal
daripada etnik baja laut dan sudah pasti amat mahir dengan laut.
Seterusnya ialah aspek persoalan yang
menunjukkan bahawa setiap teks, tulisan, ujaran dan interaksi mengandungi
persoalan yang memerlukan jawapan. Sebagai contoh,
NAR telah menemubual TKK untuk mendapat jawapan tentang latar belakang
masyarakat di Pulau Mabul dalam dialog “Setelah kami meninjau ketiga-tiga
kampung yang terdapat di Pulau Mabul, kami sempat menebual Timbalan Panglima
Encik Mat Katibin bin Arifin sebagai timbalan ketua kampung Sama Relau”. Hal ini
demikian kerana penonton
sudah pasti akan wujud persoalan dalam fikiran mereka tentang bagaimana keadaan
masyarakat di sana kerana hal ini membabitkan keselamatan mereka sekiranya
berhasrat untuk melancong dan seandainya telah memperoleh jawapan, sudah pasti
mereka akan tanpa ragu-ragu untuk berengkat ke Pulau Mabul untuk melancong.
Pada pendapat saya, dengan memberikan persoalan kepada
orang yang tepat, kita pasti akan menerima jawapan tersebut dengan yakin tanpa
memikirkan kesan-kesan yang buruk.
No comments:
Post a Comment