Sunday, 4 July 2021

BBM5407Dua2021: Teori Levinson 1987 (Rakaman Perbualan)

 

RAKAMAN PERBUALAN BERSAMA KANAK-KANAK


 

 

 

Transkripsi

PB: aisy buat apa tu?

AI: tengok, nak tengok

PB: aisy nak tengok apa?

AI: nak tengok aisy

PB: aisy buat apa tu?

AI: jangan la rakam. Aisy nak mainan tu

PB: mainan apa aisy nak?

AI: tu paklang dekat atas tu, robot aisy tu

PB: jap paklang ambik. Nah robot aisy. Cakap apa?

AI: yayyy terima kasih paklang

PB: aisy dah makan?

AI: dahh

PB: makan apa?

AI: makan nasi dengan ayam. Sedappp. Paklang tolong bukakkan coklat

PB: semalam kita pergi aisy?

AI: semalam kita pergi main pantai

PB: best tak?

AI: best aisy main pantai aisy main pasir besttt

PB: aisy nak main lagi tak?

AI: nak, seronok nanti aisy nak main pasir

PB: okay nanti paklang bawak lagi ehh. Aisy seronok tak duduk rumah atuk dengan nenek?

AI: seronok. Aisy dapat mainan dapat main meow.

PB: mainan je la kau tau. Hahah. Aisy, aisy tau tak covid19?

AI: tau yang virus tu kan paklang (garu kepala). Pak lang nak tengok boboiboy

PB: dengar la dulu paklang nak cakap ni. Aisy tau tak covid ni bahaya tau. Ramai orang sakit, ramai orang meninggal.

AI: yeke paklang? Aisy takut. Paklang bukak la boboiboy. Aisy nak tengok.

PB: aisy nak tengok yang mana satu ni? Kuasa tiga ke kuasa tujuh?

AI: boboiboy kuasa tujuhhhhh. Paklang aisy boboiboy kuasa tujuh. Paklang nak tengok tak?

PB: emm taknak la aisy paklang nak main game

AI: nak tengok nak tengok

PB: alaa aisy mana tau main

AI: alaa paklang ajar la. Nanti aisy pandai la

PB: aisy tengok paklang main ehh. Ni boboiboy sape nak tengok?

AI: aisy nak tengok

PB: dah tu tak payah la paklang ajar main game.

AI: ishh paklang ni.

PB: yelah yelah ni tengok ni

 

Teori Levinson 1983

Elemen

Data

Prinsip Koperasi

Memberi sumbangan seoerti yang diperlukan pada peringkat di mana ia berlaku.

PB: semalam kita pergi aisy?

AI: semalam kita pergi main pantai

Maxim Kualiti

Cuba untuk membuat sesuatu sumbangan itu adalah benar, khususnya:i) tidak mengatakan apa yang anda percaya adalah palsu, ii) tidak mengatakan bahawa anda tidak mempunyai bukti yang cukup.

PB: mainan je la kau tau. Hahah. Aisy, aisy tau tak covid19?

AI: tau yang virus tu kan paklang (garu kepala). Pak lang nak tengok boboiboy

Maxim Kuantiti

i) membuat sumbangan sebagai maklumat seperti yang dikehendaki.

ii) tidak membuat sumbangan lebih bermaklumat daripada yang diperlukan.

PB: dengar la dulu paklang nak cakap ni. Aisy tau tak covid ni bahaya tau. Ramai orang sakit, ramai orang meninggal.

AI: yeke paklang? Aisy takut. Paklang bukak la boboiboy. Aisy nak tengok.

Maxim Relevan

Membuat sumbangan yang berkaitan.

PB: okay nanti paklang bawak lagi ehh. Aisy seronok tak duduk rumah atuk dengan nenek?

AI: seronok. Aisy dapat mainan dapat main meow.

Maxim Kesopanan

Menjadi jelas tentang nyata keterangannya khususnya:

a)     Mengelakkan ketidakpastian

b)     Mengelakkkan kekaburan

c)     Ringkas

d)     Menjadi teratur

PB: aisy nak main lagi tak?

AI: nak, seronok nanti aisy nak main pasir

 

 



No comments:

Post a Comment

BBM5407Dua2021: Teori/Pendekatan Wacana (Bukit Kepong)

 Filem Bukit Kepong Durasi: 1.16.00 - 1.30.00 P10: sarjan, balai terbakar P2: mari, baik kau keluar. Masuk dalam kubu. W1: abang...abang...