Bagi post kali ini, pelajar dikehendaki memuatnaik gambar bertemakan kegembiraan. Gambar ini saya bersama dengan kesemua anak saudara saya ketika majlis persaraan ayah saya.
Monday, 16 December 2019
BBM3410Satu2919: MINGGU 10 INSTAGRAM SATU
Pada minggu ini, pelajar perlu memuatnaik gambar yang bertemakan kelegaan. Gambar diambil bersama Prof Normaliza ketika Majlis Konvokesyen UPM.
BBM3410Saatu2019: MINGGU 9 INSTAGRAM SATU
Bagi post kali ini adalah untuk memuatnaik gambar yang bertemakan ketenangan, Gambar diambil di Ion Delemen, Genting Highlands.
BBM3410Satu2019 : MINGGU 9 INSTAGRAM DUA
Post ini diberikan pada minggu kedua. Pelajar dikehendaki untuk memuatnaik gambar yang bertemakan keredhaan.
Monday, 2 December 2019
BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Eh!!! Media Sosial
Kemajuan yang pantas
dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi menjadikan pelbagai kaedah dan
pendekatan yang pelbagai. Dalam buku Eh!!! Media Sosial banyak memberikan
pelbagai input yang berguna dalam bidang multimedia khususnya dalam pengajaran
dan pembelajaran. Kaedah pengajaran perlu mempunyai pelbagai variasi supaya
sesi pengajaran mempunyai komunikasi dua hala dan meraih banyak perhatian
daripada pelajar. Media sosial sememangnya menjadi platform yang menjadi
pilihan khususnya dalam bidang pendidikan kerana selaras dengan kemajuan
teknologi, media social mampu memberikan sumber yang interaktif kepada para
pelajar dan guru. Dalam buku Eh!!! Media Sosial menyediakan pelbagai ilmu,
kaedah serta kajian-kajian yang berkatai dengan media sosial khususnya. Antara platform
kaedah penggunaan media social yang boleh didapati dalam buku ini ialah
Facebook, e-mel, Instagram, Twitter dan Blog. Kajian lepas berkenaan media social
turut turut boleh dijadikan sumber rujukan dan melihat impak media sosial serta
mengenal pasti isu dan cara untuk mengatasinya terutamanya dalam bidang
pendidikan. Modul untuk mempelajari langkah-langkah membuka akaun baharu untuk
kesemua platform media social yang telah dinyatakan. Media social dan rangkaian
sosial menawarkan peluang untuk pembelajaran bahasa yang berkesan secara
spesifik untuk mengukuhkan kaedah pengajaran dan pembelajaran pelajar dan guru,
meningkatkan kefasihan bahasa pelajar, menanam sikap positif dan minat seperti
menambah baik prestasi pelajar. Buku ini dapat memberikan gambaran yang jelas
terhadap penggunaan media sosial dalam sudut yang positif. Diahrap keputusan
dan cadanagn yang telah diberikan oleh penulis dalam buku ini dapat menaikkan
minat para penyelidik, guru, pentadbiran dan pembuat sukatan pembelajaran
melibatkan media sosial dan rangkaian media sosial dalam silibus pendidikan
pada pelbagai peringkat.
Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu. Penerbit UMT.
Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu. Penerbit UMT.
Monday, 25 November 2019
BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim
Buku “Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan
Aplikasi” merupakan satu penulisan buku yang mengandungi pelbagai teori serta
cara untuk mengaplikasikannya dalam bentuk tulisan ilmiah atau bidang
penyelidikan. Penyelidikan mempunyai berbagai-bagai variasi antaranya ialah
kajian lirik lagu, cerita, ujaran dan interaksi dalam perbualan. Buku ini
merangkumi dua bahagaian iaitu kajian wacana dan strategi komunikasi. Kedua-dua
bahagaian mempunyai hubung kai tantara satu sama lain kerana melibatkan
komunikasi ujaran, interaksi, teks dan tulisan. Bab 1 menerangkan tentang
definisi wacana agar dapat difahami dengan jelas dengan merujuk kepada wacana
berbentuk teks, tulisan, ujaran dan interaksi. Pemahaman tentang wacana akan
menjadi mudah jika seseoranag itu memahami tujuan setiap wacana yang
disampaikan. Bab 2 pula menerangkan tentang teori dan pendekatan wacana. Terdapat
pelbagai analisis wacana yang dikemukakan dan teori dan pendekatan yang sesuai
dan tepat lebih diutamakan. Manakala bab 3 memfokuskan analisis wacana tekstual
dan ujaran. Analisis wacana terbahagi kepada tiga iaitu kajian wacana tekstual
lirik lagu, wacana tekstual cerita sosial dan ujaran dalam kalangan kanak-kanak
autisme. Setiap cerita sosial yang diberi akan dikaji dengan menggunakan
pelbagai teori. Seterusnya bab 4 menerangkan tentang strategi komunikasi. Strategi
komunikasi digunakan sebagai percubaan sistematik oleh pelajar untuk
mengutarakan atau memecahkan kod dalam bahasa sasaran dan bagaimana untuk
berkomunikasi dengan berkesan agar maklumat jelas dan sampai kepada audiens. Bab
5 adalah tentang taksonomi dan pendekatan startegi komunikasi. Pelbagai taksonomi
dan strategi diterangkan. Bab 6 mengandungi analisis stretegi komunikasi dalam
kalangan kanak-kanak. Setiap ujaran kanak-kanak dianalisis dan dikaji dengan
menggunakan startegi komunikasi. Bab 7 pula memfokuskan tentang cadangan kajian
akan datang. Terdapat pelbagai cadangan diutarakan kepada para pengkaji untuk
menjalankan penyelidikan.
Semoga buku ini memberi manfaat kepada pengkaji-pengkaji
untuk membuat penyelidikan tentang wacana khususnya. Penggunaan teori analisis
wacana dan strategi komunikasi dalam kajian dapat memberikesan terhadap
penyelidikan. Diharap agar semua teori yang diberi dapat memberi manfaat kepada
individu yang berkaitan serta memberi pemahaman yang mendalam terhadap sesebuah
kajian kepada masyarakat.
Rujukan;
Normaliza Abd
Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi:
Teori dan Aplikasi. Terengganu. Penerbit UMT.
#ProfDrN2019Satu
#BBM3410Satu2019
#Minggu11KelasAmali
#UlasanBuku
#KaliniKitaBuatIlmiahSikit
Sunday, 3 November 2019
BBM3410Satu2019: FOTOGRAFI 6 (FLAT LAY INDIVIDU)
Assalamualaikum dan hai kepada semua pengunjung dan pembaca setia blog saya. Untuk coretan kali ini saya nak kongsikan video tentang flat lay makanan. Beberapa menu akan saya kongsikan dalam video tersebut. Video Flat lay ini bertujuan untuk tugasan BBM 3410. Sila berhati-hati dan berwaspada sebelum menonton video ini. dinasihatkan jangan menonton sekiranya anda dalam keadaan lapar. Jadi apa-apa saya tak tanggung. Jangan cakap abang tak pesan. Hehehehe
Subscribe to:
Posts (Atom)
BBM5407Dua2021: Teori/Pendekatan Wacana (Bukit Kepong)
Filem Bukit Kepong Durasi: 1.16.00 - 1.30.00 P10: sarjan, balai terbakar P2: mari, baik kau keluar. Masuk dalam kubu. W1: abang...abang...
-
Filem Bukit Kepong Durasi: 1.16.00 - 1.30.00 P10: sarjan, balai terbakar P2: mari, baik kau keluar. Masuk dalam kubu. W1: abang...abang...
-
Kali ini kami ditugaskan pula untuk membuat video VLOG temubual bersama dengan pensyarah dan pelajar tentang penggunaan multimedia dalam pen...
-
PODCAST : SEISMIK BAGAIMANA NAK CARI CINTA? ...