Monday 30 September 2019

BBM3410Satu2019 : SUATU KETIKA

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung blog yang dikasihi, Untuk penulisan akan saya ceritakan tentang keluarga saya. Baiklah nama saya ialah Muhammad Nur Iqbal Bin Mohd Samsudin dan berumur 23 tahun. Saya dilahirkan pada tanggal 19 Mei 1996 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. Bermula dengan kisah kedua ibu bapa saya, nama bapa saya ialah Encik Mohd Samsudin Bin Awang Yahya dan ibu saya pula ialah Puan Nor Esah Binti Mat Lela. Mereka mendirikan rumah tangga 17 November 1985. Kini menetap di Kuantan, Pahang.

Hasil daripada perkahwinan ini, mereka dikurniakan lapan orang cahaya mata yang diberi nama Mohd Syahmi, Mohd Iznan, Mimi Syarina, Mimi Syafinie, Mimi Syafiqah, Muhammad Nur Iqbal, Mimi Syakila dan Muhammad Ammar. Bapa saya merupakan seorang guru dan kini berkhidmat sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum di SMK Tanjong Lumpur, Kuantan. Manakala ibu saya pula bekerja sebagai pengusaha kantin di sekolah yang sama. Mungkin ini rahsia mereka dalam membina rumah tangga yang bahagia.

Abang sulung saya iaitu Mohd Syahmi kini bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Singapura. Beliau telah berkahwin dengan Nur Syafeeqa binti Abdul Rahim dan telah dikurniakan tiga orang anak. Manakala abang saya yang kedua iaitu Mohd Iznan merupakan seorang pegawai TLDM dan berkhidmat di Pangkalan Lumut. Berkahwin dengan Mimi Haryani dan dikurniakan dua orang cahaya mata. Seterusnya Mimi Syarina berkahwin dengan Ahmad Zakaria dan bekerja dengan ibu saya di kantin sekolah. Mimi Syafinie pula berkhidmat sebagai guru di Sekolah Seni Kuala Lumpur di ibu kota. Mimi Syafiqah pula bekerja sebagai seorang jururawat di sebuah hospital di Temerloh, Pahang. Seterusnya Mimi Syakila bekerja sambilan di sebuah restoran Mcdonalds dan merupakan lepasan diploma dari UITM Cawangan Dungun. Akhir sekali adik bongsu saya iaitu Muhammad Ammar sedang mengambil Pra U di Sekolah Sukan Malaysia Pahang.

Begitulah serba sedikit kisah hidup keluarga saya. Sekian.



No comments:

Post a Comment

BBM5407Dua2021: Teori/Pendekatan Wacana (Bukit Kepong)

 Filem Bukit Kepong Durasi: 1.16.00 - 1.30.00 P10: sarjan, balai terbakar P2: mari, baik kau keluar. Masuk dalam kubu. W1: abang...abang...