TEORI JOHNSTONE (2002)
CERITA SOSIAL 2 : SAYA YANG ISTIMEWA
Dalam cerita sosial 2 yang bertajuk saya yang istimewa, setiap
bahagian yang dinyatakan dalam teori johnstone sememangnya terdapat dalam cerita
ini. Sebagai contoh dalam bahagian perenggan
dan episod, terdapat sebanyak 15 perenggan yang dapat dikenal pasti. Dalam perenggan
pertama, penulis menceritakan aktiviti bapa Alim pada hari ahad yang lalu iaitu
pergi ke pasar tani. Hal ini dibuktikan dengan ayat “bapa Alim membawa pulang banyak
buah-buahan dari pasar tani”. Seterusnya penulis
menggunakan dialog unuk menceritakan bapa berdialog dengan Imran iaitu abang
kepada Alim pada perenggan kedua. Penulis menbahagikan perenggan cerita dan perenggan
dialog untuk memudahkan pembaca faham terhadap cerita yang ingin disampaikan.
Seterusnya pada bahagian wacana
skemata dan struktur naratif, ialah sebuah penceritaan. Sebagai contoh, dalam cerita sosial 2 ini terdapat
unsur naratif iaitu unsur penceritaan seperti di perenggan pertama pada permulaan
perenggan. Penulis menggunakan ayat “pada hari ahad yang lalu” yang secara jelas
menunjukkan awal sebuah penceritaan.
Selain itu pada bahagian susunan perbualan, penulis hanya meletakkan perbualan
tersebut dia dalam satu situasi di mana bapa menyuruh abang Imran mengajak ahli
keluarga yang lain untuk makan buah-buahan yang baru dibelinya. Tambahan pula, penulis tidak mencampur adukkan
hal-hal yang lain di dalam susunan perbualan tersebut. Contohnya tidak meletakkan hal-hal seperti ingin
keluar bersia-siar atau pulang ke kampung seperti dalam perenggan kedua.
Manakala untuk bahagian
kohesi merupakan pengulangan perkataan. Sebagai contoh,
dalam cerita sosial 2 ini, penulis telah perkataan berulang kali iaitu
perkataan “buah-buahan”. Jika dilihat secara teliti, penulis telah menggunakan
sebanyak 9 kali perkataan tersebut. Tuntasnya,
penggunaanya kohesi sememangnya wujjud dalam cerita sosial 2 ini.
Akhir sekali untuk bahagian struktur dan peraturan, penulis menggunakan
peraturan dalam penulisan dengan sewajarnya. Hal ini
dapat dibuktikan dengan penggunaan tanda
noktah, tanda soal, pengikat kata dan sebagainya. Penulis meletakkan segala
tanda baca dengan tepat dan betul di setiap ayat dan perbualan.