Monday, 30 September 2019

BBM3410Satu2019 : SUATU KETIKA

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung blog yang dikasihi, Untuk penulisan akan saya ceritakan tentang keluarga saya. Baiklah nama saya ialah Muhammad Nur Iqbal Bin Mohd Samsudin dan berumur 23 tahun. Saya dilahirkan pada tanggal 19 Mei 1996 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. Bermula dengan kisah kedua ibu bapa saya, nama bapa saya ialah Encik Mohd Samsudin Bin Awang Yahya dan ibu saya pula ialah Puan Nor Esah Binti Mat Lela. Mereka mendirikan rumah tangga 17 November 1985. Kini menetap di Kuantan, Pahang.

Hasil daripada perkahwinan ini, mereka dikurniakan lapan orang cahaya mata yang diberi nama Mohd Syahmi, Mohd Iznan, Mimi Syarina, Mimi Syafinie, Mimi Syafiqah, Muhammad Nur Iqbal, Mimi Syakila dan Muhammad Ammar. Bapa saya merupakan seorang guru dan kini berkhidmat sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum di SMK Tanjong Lumpur, Kuantan. Manakala ibu saya pula bekerja sebagai pengusaha kantin di sekolah yang sama. Mungkin ini rahsia mereka dalam membina rumah tangga yang bahagia.

Abang sulung saya iaitu Mohd Syahmi kini bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Singapura. Beliau telah berkahwin dengan Nur Syafeeqa binti Abdul Rahim dan telah dikurniakan tiga orang anak. Manakala abang saya yang kedua iaitu Mohd Iznan merupakan seorang pegawai TLDM dan berkhidmat di Pangkalan Lumut. Berkahwin dengan Mimi Haryani dan dikurniakan dua orang cahaya mata. Seterusnya Mimi Syarina berkahwin dengan Ahmad Zakaria dan bekerja dengan ibu saya di kantin sekolah. Mimi Syafinie pula berkhidmat sebagai guru di Sekolah Seni Kuala Lumpur di ibu kota. Mimi Syafiqah pula bekerja sebagai seorang jururawat di sebuah hospital di Temerloh, Pahang. Seterusnya Mimi Syakila bekerja sambilan di sebuah restoran Mcdonalds dan merupakan lepasan diploma dari UITM Cawangan Dungun. Akhir sekali adik bongsu saya iaitu Muhammad Ammar sedang mengambil Pra U di Sekolah Sukan Malaysia Pahang.

Begitulah serba sedikit kisah hidup keluarga saya. Sekian.



BBM3410Satu2019 : TIP BELAJAR DENGAN MUDAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada pengunjung blog saya. Baiklah pada tulisan saya kali ini, saya ingin kongsikan dua tip untuk belajar dengan mudah yang sedikit sebanyak telah saya amalkan sepanjang bergelar seorang pelajar ketika di sekolah mahupun di universiti.

Semoga apa yang saya kongsikan memberikan inspirasi kepada anda semua dalam mengejar cita-cita ataupun impian dalam meempa kejayaan yang cemerlang dalam hidup anda.
InsyaAllah, Semoga Berjaya.


Monday, 23 September 2019

BBM3410Satu2019: Masih Di Sini





Cerita yang tak dapat dilupakan.

Perjalanan menaiki kapal terbang selama dua jam menghadirkan seribu satu perasaan dalam hatiku. Entah kenapa pengalaman kali ini amat mengujakan. Aku diberi peluang untuk menyertai satu aktiviti sukarelawan di Bandung, Indonesia. Ini merupakan kali pertama aku merasai pengalaman dapat ke luar negara. Sepanjang persediaan aku untuk ke sana selama seminggu adalah amat mengujakan. Bermula dengan penyediaan passport sehinggalah urusan pembelian tiket. Aku bersama tujuh orang rakan bersama-sama untuk merealisasikan program sukarelawanan ini. 

Setibanya di Bandung, kami disambut dengan penuh mesra oleh penduduk di sana. Jauh sekali dengan tanggapan pertama aku sebelum menjejakkan kaki di sini. Kami dilayan umpama sahabat baik ketika berada di sana. Pelbagai aktiviti telah dirangka dan dirancang. Banyak tempat-tempat menarik yang kami lawati sehinggakan sepanjang tujuh hari di sana begitu padat dengan aktiviti. Alhamdulillah segala yang dirancang berjalan dengan lancar dan segala sumbangan telah kami sampaikan kepada pihak yang bertanggungjawab. Benarlah kata orang, "hujan emas di negeri orang, hujan batu di tempat sendiri. Lebih baik di tempat sendiri".

Aku bersyukur dilahirkan di Malaysia kerana daripada pengamatan aku di sana, rakyat hidup dalam keadaan yang serba kekurangan dengan jalan yang sempit dan padat. Namun itulah yang mengajar erti kehidupan. Begitulah pengalaman terbaik dalam hidup aku.


Sunday, 22 September 2019

BBM3410Satu2019: Nenek dan Datuk

Nenek dan Datuk

Mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang bernama Alim pulang ke kampung datuk dan neneknya di Kajang. Alim merupakan seorang budak yang suka kepada binatang terutamanya ayam dan itik. Setibanya di kampung, dia terus bergegas ke reban yang menempatkan ayam dan itik. Namun dia terkejut kerana reban tersebut kosong. Rupa-rupanya segalanya telah berubah. Datuknya telah membina reban baru dan ini menggembirakan Alim yang menyangkakan bahawa ayam dan itik itu telah mati. Melihat pula pada struktur rumah yang berbeza turut menyedihkan Alim. Namun selepas ditenangkan oleh neneknya, keadaan kembali terkawal. Alim kelihatan gembira di kampungnya.

Penulis : Normaliza Abd Rahim
Penerbit : UMT
Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi
Teori dan Aplikasi

Jenis-jenis multimedia yang boleh digunakan untuk penyebaran cerita sosial ini :

Facebook
Kik di ruangan "what's on your mind". Tulis cerita di ruangan tersebut kemudian klik di bahagian post.

Twitter
Klik di ruangan "what's happening?". Tulis cerita di ruangan tersebut dan kemudian klik di bahagian tweet.

Instagram
Klik di bahagian "add post". Masukkan gambar yang bersesuaian dan klik "next". Kemudian tekan di bahagian "share".

BBM3410Satu2019: Etika Penulisan Blog

Blog merupakan antara medium perhubungan atau dialog iaitu di antara penulis dan pembaca. Penulisan blog menjadi salah satu medium penyampaian maklumat yang menjadi pilihan pengguna pada masa ini. Hal ini kerana menurut Nowson (2006) blog merupakan laman web yang dikemas kini mengikut susunan kronologi manakala bahasa yang digunakan juga tidak formal dan kurang terhad. Dalam etika penulisan blog, menurut Normaliza Abd Rahim (2014) dalam Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019)   terdapat beberapa aspek yang perlu diambil kira oleh seseorang penulis sebelum membuat sesuatu penulisan.
Antaranya ialah tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca. Tajuk merupakan aspek yang paling penting dalam penulisan blog. Pengguna laman web blog sudah pasti akan membuat capaian dalam aplikasi "google" dengan menggunakan bahasa yang mereka fahami. Oleh itu penulis blog perlu kreatif untuk memilih tajuk-tajuk yang mudah dan tidak terlalu formal. Tajuk yang menarik juga membolehkan sesuatu laman blog itu akan sentiasa dicapai dan memperoleh jumlah pengunjung yang ramai kerana tajuk yang menarik dan berada pada kedudukan teratas dalam senarai capaian di "google".

Seterusnya ialah cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca. Pemilihan cerita mestilah mengikut kehendak pembaca. Hal ini demikian kerana pembaca memilih laman web blog untuk membaca kisah-kisah yang menarik dan dapat mengisi masa lapang mereka untuk membaca kisah tersebut. Penulis perlu bijak untuk mencuri perhatian pembaca dengan kandungan yang terdapat dalam cerita. 

Selain itu, penulis perlu memasukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik. Penulisan berbentuk jenaka sudah terbukti menjadi kegemaran pembaca kerana penulisan tersebut tidak terlalu serius dan membuatkan pembaca perlu berfikir dengan lebih mendalam. Penggunaan ayat humor dapat menarik minat pembaca untuk meneruskan pembacaan sesebuah penulisan dalam blog tersebut. 

Penulis juga perlu memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda. Penulisan sesebuah blog itu perlu disertakan dengan fakta supaya penulisan itu tidak terlalu kosong. Penulis juga perlu memastikan hujah tersebut sampai kepada pembaca mengikut fahaman yang betul dan mengelakkan daripada penyebaran maklumat palsu. Penulisan yang mempunyai hujah terbaik pasti akan sering dilawati kerana kesahan maklumat yang terdapat dalamnya boleh dipercayai.

Aspek seterusnya ialah kaitkan penulisan anda dengan berita terkini. Hal ini kerana untuk mendapatkan jumlah pengunjung yang tinggi, penulis perlu sentiasa peka dengan isu semasa dan membuat penulisan di blog berdasarkan isu tersebut. Pembaca sudah pasti ingin mendapatkan maklumat-maklumat dan info yang terkini berkaitan dalam atau luar negara. Ini memberikan tugas yang agak mencabar kepada penulis untuk sentiasa peka dengan maklumat atau isu yang terkini.

Selain daripada itu, gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas juga merupakan etika yang penting. Perkataan yang berada pada tahap yang tinggi pasti menyukarkan pembaca untuk memahami keseluruhan konteks yang ingin disampaikan oleh penulis. Struktur ayat yang ringkas dan padat perlu dijadikan keutamaan kerana penulisan blog yang panjang meleret sudah pasti membosankan pembaca dan memberikan impak yang negatif terhadap penulisan di blog. Oleh itu, penggunaan bahasa yang ringkas dan padat lebih sesuai digunakan dalam penulisan blog.
       
Di samping itu, penulisan di blog dapat dibaca dan difahami. Penulisan yang baik sudah tentu dapat difahami dengan mudah oleh pembaca. Konteks keseluruhan penulisan perlulah jelas dan mengikuthaluan yang betul tanpa menyimpang dan mengelakkan pertindihan maklumat. Hal ini secara tidak langsung memberikan imej yang baik kepada penulis tersebut. Penulis juga perlu jelas terhadap apa yang ingin disampaikan olehnya dalam penulisan tersebut.

Seterusnya ialah dapat berkomunikasi dengan pembaca. Penulisan di blog bersifat dua hala. Sekiranya pembaca mempunyai sebarang pertanyaan atau kekliruan, mereka boleh bertanya di ruangan komen. Penulis perlu sentiasa peka terhadap soalan-soalan tersebut. Oleh itu penting untuk seseorang penulis itu memahami terlebih dahulu keseluruhan konteks penulisannya. Jawapan maklum balas yang pantas dapat memberikan imej yang positif ke atas penulis blog dan pembaca akan sering mengunjung blog tersebut.

Penulis perlu masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan mereka. Etika ini penting kerana penulisan yang baik perlulah mempunyai mesej yang baik. Penulis perlu mengelak daripadda menulis penulisan yang bersifat emosi. Hal ini kerana dapat memberikan gambaran yang buruk kepada penulisan mereka. Penulisan yang mempunyai moral dan nilai estetika perlu dipuji kerana ini membuktikan penulisan tersebut bukanlah bersifat kosong. Penulis yang kreatif sudah pasti mampu untuk menerapkan nilai moral dalam penulisan mereka.

Akhir sekali ialah penulisan mestilah berilmu untuk penulisan pendidikan. Penulisan di blog perlu juga menitikberatkan penulisan yang berbentuk pendidikan dan bukanlah hanya sekadar penulisan yang bersifat bersahaja. Penulisan yang berilmu dapat membantu pembaca untuk mencari maklumat-maklumat yang mereka inginkan dan sudah tentu penulisan ini akan membantu mereka. Hal ini kerana kebanyakkan pengguna atau pembaca blog terdiri daripada golongan pelajar. Secara tidak langsung penulis dapat mencuri perhatian mereka dengan membuat penulisan yang berilmu.



Monday, 16 September 2019

BBM3410Satu2019: SAYA FAHAM

Lagu &Lirik : Profesor Dr. Normaliza Abd Rahim
Hak Cipta : Universiti Putra Malaysia

Saya Faham

Saya kata "Apa khabar"
Dia jawab "Khabar baik"
Ucapan untuk dia
Ucapan untuk saya

Selamat pagi, tengah hari, petang, malam
Untuk dia
Untuk saya 

Terima kasih
Sama-sama
Untuk dia
Untuk saya

Terima kasih
Sama-sama
Untuk kita
Untuk mereka

BBM3410Satu2019: DIRI

Saya bernama Muhammad Nur Iqbal Bin Mohd Samsudin. Saya berumur 23 tahun dan berasal dari Kuantan, Pahang. Saya dilahirkan di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan pada tanggal 19 Mei 1996. Saya mempunyai lapan orang adik beradik dan merupakan anak keenam. Ayah saya bernama Mohd Samsudin Bin Awang Yahya dan beliau berumur 57 tahun dan berasal dari Maran, Pahang. Ibu saya pula bernama Nor Esah Binti Mat Lela dan berumur 55 tahun juga berasal dari Maran, Pahang.

Saya memulakan pendidikan di SK Cenderawasih, Kuantan pada tahun 2003 sehingga tahun 2007 dan kemudiannya berpindah ke SK Saint Thomas sehingga tahun 2008 dan pengambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah di sekolah yang sama. Kemudian saya meneruskan pelajaran ke sekolah menengah di SMK Saint Thomas, Kuantan pada tahun 2009. Pada tahun 2011, saya mengambil Penilaian Menengah Rendah (PMR) di sekolah yang sama. Sehingga tahun 2013, saya telah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia di sekolah yang sama sehinggalah tamat belajar di sekolah tersebut. Setelah itu, saya mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran ke Pra U di SMK Tanjung Lumpur, Kuantan pada tahun 2014 hingga 2015.

 Setelah keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia diumumkan, saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia Kampus Serdang yang merupakan antara universiti yang terulung di Malaysia. Saya ditawarkan untung mengambil Bachelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu). Dalam bidang ini, saya dapat memahami dan mempelajari ilmu yang berkaitan dalam bidang bahasa yang merupakan antara salah satu bidang yang tercabar di Malaysia. Kini, saya berada di semester akhir dan dalam usaha yaang jitu dan bertawakal dalam menyiapkan Penulisan Ilmiah Tahun Akhir sebagai syarat untuk saya bergraduat pada tahun hadapan dan dapat membanggakan kedua ibubapa untuk melihat anaknya mendapat menggenggam segulung ijazah. Semoga usaha ini dipermudahkan oleh Allah S.W.T.












BBM5407Dua2021: Teori/Pendekatan Wacana (Bukit Kepong)

 Filem Bukit Kepong Durasi: 1.16.00 - 1.30.00 P10: sarjan, balai terbakar P2: mari, baik kau keluar. Masuk dalam kubu. W1: abang...abang...