Tuesday 1 October 2019

BBM3410Satu2019 : LONG SHOT (BELALANG PRODUCTION)

LONG SHOT MANUSIA



Gambar ini menunjukkan seorang gadis yang berada di tengah-tengah kehijauan. Kehijauan yang menjadikan kita memperoleh ketenangan di sebalik kesibukan harian. Jika anda dibelenggu dengan masalah yang berat, lihatlah kehijauan seperti gadis tersebut.



Gambar ini menunjukkan lelaki yang berdiri di tengah jalan di mana dapat dilihat kesibukan kereta yang sedang lalu lalang. Keberanian yang terserlah membuktikan bahawa walau sehebat mana cabaran atau tentangan yang kita hadapi, hadapilah dengan keberanian.



Jalan yang lurus jangan disangka tiada jodoh. Gambar ini menunjukkan kelibat seorang gadis yang berada di penghujung jalan. Walau sejauh mana perjalanan, sentiasa berhati-hati di kiri kanan jalan kerana mungkin ada sesuatu yang menanti anda.


LONG SHOT (BUKAN MANUSIA)





Gambar ini menunjukkan sebuah bangunan yang berada di sebalik pokok. Dalam kehidupan, walau sehebat mana dugaan yang dialami, kejayaan yang manis pasti akan muncul sekiranya kita bersabar dan terus bertawakal.



Gambar ini memaparkan sebuah bangunan yang difokuskan. Jika dilihat, bangunan tersebut merupakan bangunan yang besar namun menjadi kecil di sebalik rimbunan pokok-pokok. Demikianlah kehidupan, walau sebesar mana kejayaan yang dicapai, namun kita hanyalah kerdil di sisi Tuhan Yang Maha Esa.



Gambar ini menunjukkan sebuah kubah yang berada di hujung gambar. Kejayaan itu pasti berada di hujung perjalanan. Terserah kepada kita sama ada ingin mencapai atau kecundang di tengah jalan. Pilihan terletak di tangan anda.


No comments:

Post a Comment

BBM5407Dua2021: Teori/Pendekatan Wacana (Bukit Kepong)

 Filem Bukit Kepong Durasi: 1.16.00 - 1.30.00 P10: sarjan, balai terbakar P2: mari, baik kau keluar. Masuk dalam kubu. W1: abang...abang...