Monday 7 October 2019

BBM3410Satu2019 : Ulasan Bab 6 Di Dalam Kelas Bahasa


Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) blog merupakan medium yang membincangkan sesuatu perkara dalam bentuk formal dan tidak formal dalam konteks penulisan. Blog boleh digunakan sebagai kegunaan peribadi seperti jurnal atau jurnal dan juga boleh digunakan sebagai medium untuk memasarkan produk dalam konteks perniagaan. Menulis blog merupakan satu aktiviti yang berguna bukan saja untuk meningkatkan keyakinan diri malah dapat mengasah lagi minda untuk berkarya. Menurut Li & Chingnell, blog merupakan satu rangkaian sosial dan medium komunikasi yang membolehkan pengguna untuk berinteraksi dengan penulis blog yang lain. Blog juga merupakan medium dialog di antara penulis blog dengan penulis blog yang lain.
            Selain itu, menurut Wang & Woo (2008) blog merupakan alat teknologi yang menawarkan peluang kepada pengguna untuk menyusun maklumat, menyiar dan berkongsi idea, maklum balas, memberi komen, menilai hantaran dari orang lain, bertanggungjawab terhadap penulisan dan pembelajaran mereka dan meletakkan pendapat mereka dalam penulisan.  Blog meningkatkan keyakinan diri, kreativiti, pemilikan dan membangunkan komuniti melalui penulisan tidak formal.
            Penulisan dalam perlu megikut etika yang tertentu dalam memastikan penulisan itu berkualiti. Seterusnya ialah cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca. Pemilihan cerita mestilah mengikut kehendak pembaca. Selain itu, penulis perlu memasukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik. Penulisan berbentuk jenaka sudah terbukti menjadi kegemaran pembaca kerana penulisan tersebut tidak terlalu serius dan membuatkan pembaca perlu berfikir dengan lebih mendalam.
Penulis juga perlu memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda. Aspek seterusnya ialah kaitkan penulisan anda dengan berita terkini. Hal ini kerana untuk mendapatkan jumlah pengunjung yang tinggi, penulis perlu sentiasa peka dengan isu semasa dan membuat penulisan di blog berdasarkan isu tersebut
Selain daripada itu, gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas juga merupakan etika yang penting. Di samping itu, penulisan di blog dapat dibaca dan difahami. Penulisan yang baik sudah tentu dapat difahami dengan mudah oleh pembaca. Seterusnya ialah dapat berkomunikasi dengan pembaca. Penulisan di blog bersifat dua hala.  Penulis perlu masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan mereka. Etika ini penting kerana penulisan yang baik perlulah mempunyai mesej yang baik. Akhir sekali ialah penulisan mestilah berilmu untuk penulisan pendidikan.
            Kesimpulannya, menulis blog mampu untuk meningkatkan motivasi dan keyakinan diri. Blog juga dapat meningkatkan kualiti penulisan dalam bahasa kedua.




No comments:

Post a Comment

BBM5407Dua2021: Teori/Pendekatan Wacana (Bukit Kepong)

 Filem Bukit Kepong Durasi: 1.16.00 - 1.30.00 P10: sarjan, balai terbakar P2: mari, baik kau keluar. Masuk dalam kubu. W1: abang...abang...