Monday, 25 November 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim


Buku “Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi” merupakan satu penulisan buku yang mengandungi pelbagai teori serta cara untuk mengaplikasikannya dalam bentuk tulisan ilmiah atau bidang penyelidikan. Penyelidikan mempunyai berbagai-bagai variasi antaranya ialah kajian lirik lagu, cerita, ujaran dan interaksi dalam perbualan. Buku ini merangkumi dua bahagaian iaitu kajian wacana dan strategi komunikasi. Kedua-dua bahagaian mempunyai hubung kai tantara satu sama lain kerana melibatkan komunikasi ujaran, interaksi, teks dan tulisan. Bab 1 menerangkan tentang definisi wacana agar dapat difahami dengan jelas dengan merujuk kepada wacana berbentuk teks, tulisan, ujaran dan interaksi. Pemahaman tentang wacana akan menjadi mudah jika seseoranag itu memahami tujuan setiap wacana yang disampaikan. Bab 2 pula menerangkan tentang teori dan pendekatan wacana. Terdapat pelbagai analisis wacana yang dikemukakan dan teori dan pendekatan yang sesuai dan tepat lebih diutamakan. Manakala bab 3 memfokuskan analisis wacana tekstual dan ujaran. Analisis wacana terbahagi kepada tiga iaitu kajian wacana tekstual lirik lagu, wacana tekstual cerita sosial dan ujaran dalam kalangan kanak-kanak autisme. Setiap cerita sosial yang diberi akan dikaji dengan menggunakan pelbagai teori. Seterusnya bab 4 menerangkan tentang strategi komunikasi. Strategi komunikasi digunakan sebagai percubaan sistematik oleh pelajar untuk mengutarakan atau memecahkan kod dalam bahasa sasaran dan bagaimana untuk berkomunikasi dengan berkesan agar maklumat jelas dan sampai kepada audiens. Bab 5 adalah tentang taksonomi dan pendekatan startegi komunikasi. Pelbagai taksonomi dan strategi diterangkan. Bab 6 mengandungi analisis stretegi komunikasi dalam kalangan kanak-kanak. Setiap ujaran kanak-kanak dianalisis dan dikaji dengan menggunakan startegi komunikasi. Bab 7 pula memfokuskan tentang cadangan kajian akan datang. Terdapat pelbagai cadangan diutarakan kepada para pengkaji untuk menjalankan penyelidikan.

Semoga buku ini memberi manfaat kepada pengkaji-pengkaji untuk membuat penyelidikan tentang wacana khususnya. Penggunaan teori analisis wacana dan strategi komunikasi dalam kajian dapat memberikesan terhadap penyelidikan. Diharap agar semua teori yang diberi dapat memberi manfaat kepada individu yang berkaitan serta memberi pemahaman yang mendalam terhadap sesebuah kajian kepada masyarakat. 

Rujukan;

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi:
Teori dan Aplikasi. Terengganu. Penerbit UMT.


*BUKU INI BERHARGA RM 20*


#ProfDrN2019Satu
#BBM3410Satu2019
#Minggu11KelasAmali
#UlasanBuku
#KaliniKitaBuatIlmiahSikit



Sunday, 3 November 2019

BBM3410Satu2019: FOTOGRAFI 6 (FLAT LAY INDIVIDU)

Assalamualaikum dan hai kepada semua pengunjung dan pembaca setia blog saya. Untuk coretan kali ini saya nak kongsikan video tentang flat lay makanan. Beberapa menu akan saya kongsikan dalam video tersebut. Video Flat lay ini bertujuan untuk tugasan BBM 3410. Sila berhati-hati dan berwaspada sebelum menonton video ini. dinasihatkan jangan menonton sekiranya anda dalam keadaan lapar. Jadi apa-apa saya tak tanggung. Jangan cakap abang tak pesan. Hehehehe

                                                     





Saturday, 19 October 2019

BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 6




Idzaara Sofiyya Binti Mohd Iznan nama diberi. Si comel ini merupakan anak buah saya yang paling bongsu (buat masa ini) dan yang paling petah berbicara. Jika disuruh buat muka comel, begitulah reaksi yang diberi. Antara penghibur hati tatkala sedang dilanda masalah, si comel inilah pengubat untuk segalanya. Peminat mati keras (die hard) Floor 88. Semua lagu kalau boleh dia nak dengar. Semoga membesar dengan baik dan jadi anak yang solehah kesayangan paklang. 




Gambar ini diambil ketika menghadiri Majlis Makan Malam Pesona Bintang kali Ke-13. Ketika ini saya hadir sebagai Presiden Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej 15. Nampak bergaya bukan? Tapi sebenarnya tengah mengah sebab berlari dari parking underground ke dewan utama. Kisahnya saya tersesat ketika dalam perjalanan entah di mana tapi di sekitar Cyberjaya. Kiri kanan hutan, gelap, Tuhan je tau dia punya berdebar masa tu. Telefon dah berbunyi panggilan daripada pengarah program mengatakan TNC Hepa dah tiba dan sedang menunggu di bilik menunggu. Bertambah cemas la saya, Keluar peluh dingin walaupun penghawa dingin dah dipasang paling kuat. Kemudian saya tukar semula lokasi di aplikasi waze dan memecut kereta selaju mungkin dan selamat tiba di lokasi majlis tersebut.

Monday, 7 October 2019

BBM3410Satu2019 : Ulasan Bab 6 Di Dalam Kelas Bahasa


Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) blog merupakan medium yang membincangkan sesuatu perkara dalam bentuk formal dan tidak formal dalam konteks penulisan. Blog boleh digunakan sebagai kegunaan peribadi seperti jurnal atau jurnal dan juga boleh digunakan sebagai medium untuk memasarkan produk dalam konteks perniagaan. Menulis blog merupakan satu aktiviti yang berguna bukan saja untuk meningkatkan keyakinan diri malah dapat mengasah lagi minda untuk berkarya. Menurut Li & Chingnell, blog merupakan satu rangkaian sosial dan medium komunikasi yang membolehkan pengguna untuk berinteraksi dengan penulis blog yang lain. Blog juga merupakan medium dialog di antara penulis blog dengan penulis blog yang lain.
            Selain itu, menurut Wang & Woo (2008) blog merupakan alat teknologi yang menawarkan peluang kepada pengguna untuk menyusun maklumat, menyiar dan berkongsi idea, maklum balas, memberi komen, menilai hantaran dari orang lain, bertanggungjawab terhadap penulisan dan pembelajaran mereka dan meletakkan pendapat mereka dalam penulisan.  Blog meningkatkan keyakinan diri, kreativiti, pemilikan dan membangunkan komuniti melalui penulisan tidak formal.
            Penulisan dalam perlu megikut etika yang tertentu dalam memastikan penulisan itu berkualiti. Seterusnya ialah cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca. Pemilihan cerita mestilah mengikut kehendak pembaca. Selain itu, penulis perlu memasukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik. Penulisan berbentuk jenaka sudah terbukti menjadi kegemaran pembaca kerana penulisan tersebut tidak terlalu serius dan membuatkan pembaca perlu berfikir dengan lebih mendalam.
Penulis juga perlu memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda. Aspek seterusnya ialah kaitkan penulisan anda dengan berita terkini. Hal ini kerana untuk mendapatkan jumlah pengunjung yang tinggi, penulis perlu sentiasa peka dengan isu semasa dan membuat penulisan di blog berdasarkan isu tersebut
Selain daripada itu, gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas juga merupakan etika yang penting. Di samping itu, penulisan di blog dapat dibaca dan difahami. Penulisan yang baik sudah tentu dapat difahami dengan mudah oleh pembaca. Seterusnya ialah dapat berkomunikasi dengan pembaca. Penulisan di blog bersifat dua hala.  Penulis perlu masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan mereka. Etika ini penting kerana penulisan yang baik perlulah mempunyai mesej yang baik. Akhir sekali ialah penulisan mestilah berilmu untuk penulisan pendidikan.
            Kesimpulannya, menulis blog mampu untuk meningkatkan motivasi dan keyakinan diri. Blog juga dapat meningkatkan kualiti penulisan dalam bahasa kedua.




Tuesday, 1 October 2019

BBM3410Satu2019 : BIRD EYE VIEW (BELALANG PRODUCTION)


 LOKASI : IOI


Pandangan dari mata seekor burung yang kelihatan kesibukan segelintir manusia di sebuah pusat beli belah. Kesibukan selama seminggu bekerja membuatkan mereka mengambil peluang cuti pada hujung minggu untuk bersia-siar di pusat beli belah dan ini boleh merehatkan minda mereka.


LOKASI : KOLEJ


Gambar di atas menunjukkan beberapa buah motorsikal mahasiswa yang tersusun rapi di kawasan yang disediakan. Motorsikal ini digunakan untuk memudahkan pergerakan mereka untuk pergi ke kelas atau bersiar-siar. Motorsikal sememangnya menjadi pilihan ketika anda berada di alam universiti kerana tidak perlu berebut bas. Jika tidak, siap sedia untuk perlawanan ragbi (berebut untuk masuk ke dalam bas).


LOKASI : TAMAN WETLAND



Kehijauan alam menjadi pilihan segelintir pengunjung untuk merehatkan minda mereka setelah melalui tempoh masa yang padat dengan kerja mahupun tugas-tugas lain. Sekali-sekala pergi ke taman hijau seperti ini amat baik untuk mengecas kembali tenaga anda.

BBM3410Satu2019 : OVER THE SHOULDER (BELALANG PRODUCTION)

SUZIELA SALLEH



 Kelihatan dua orang gadis sedang membuat bentuk "Love" yang mana menggambarkan kisah persahabatan yang utuh. Dalam Kehidupan tidak perlu bermusuhan kerana akan merugikan. Jadilah seperti mereka dan cerialah sentiasa.


AINUL NAJIHAH



Gambar ini pula memaparkan keriangan dua orang sahabat. Tidak perlu bergaduh, banyak perkara indah jika kita sentiasa menikmati keindahan alam. Banyak cara untuk bahagia dan kenapa perlu bermusuhan. Tapi ingat, jangan sampai "cucuk langit" kelak memakan diri.


AFIFAH IZZATY



Berkawan biar ramai, bermusuh jangan sesekali. Gambar ini menunjukkan sekumpulan sahabat bergambar dengar cara tersendiri. Banyak perkara boleh diterokai jika anda dikelilingi dengan aura yang positif iaitu melalui persahabatan yang erat.

BBM3410Satu2019 : MUG SHOT (BELALANG PRODUCTION)




Gambar di atas memaparkan emosi yang kecewa. Kekecewaan itu memberikan kesan yang cukup mendalam kepada mereka yang pernah mengalaminya. Kekecewaan itu boleh hadir dalam pelbagai bentuk. Jika anda sedang mengalaminya, sentiasalah berfikiran positif. Pelangi pasti akan muncul setelah hujan lebat.


Gambar ini pula menunjukkkan reaksi yang marah. Sesiapa sejak berhak untuk mempunyai perasaan marah kerana itu juga sebahagian daripada cara untuk meluahkan perasaan yang terbuku di dalam hati. Namun sentiasa berhati-hati dengan setiap perkataan yang terkeluar daripada mulut anda kerana kemungkinan boleh melukakan hati orang lain.










 Gambar ini menunjukkan ekspresi sedih. Setiap manusia mempunyai perasaan sedih, Gadis di atas jelas memberikan gambaran yang jelas bagaimana sedih dirinya dalam menghadapi dugaan hidup. Kadangkla jika kita sedang sedih, menangislah sepuas-puasnya kerana selepas pada itu kita akan merasakan kelegaan dan ketenangan.








BBM5407Dua2021: Teori/Pendekatan Wacana (Bukit Kepong)

 Filem Bukit Kepong Durasi: 1.16.00 - 1.30.00 P10: sarjan, balai terbakar P2: mari, baik kau keluar. Masuk dalam kubu. W1: abang...abang...