Saturday, 19 October 2019

BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 6




Idzaara Sofiyya Binti Mohd Iznan nama diberi. Si comel ini merupakan anak buah saya yang paling bongsu (buat masa ini) dan yang paling petah berbicara. Jika disuruh buat muka comel, begitulah reaksi yang diberi. Antara penghibur hati tatkala sedang dilanda masalah, si comel inilah pengubat untuk segalanya. Peminat mati keras (die hard) Floor 88. Semua lagu kalau boleh dia nak dengar. Semoga membesar dengan baik dan jadi anak yang solehah kesayangan paklang. 




Gambar ini diambil ketika menghadiri Majlis Makan Malam Pesona Bintang kali Ke-13. Ketika ini saya hadir sebagai Presiden Majlis Tertinggi Mahasiswa Kolej 15. Nampak bergaya bukan? Tapi sebenarnya tengah mengah sebab berlari dari parking underground ke dewan utama. Kisahnya saya tersesat ketika dalam perjalanan entah di mana tapi di sekitar Cyberjaya. Kiri kanan hutan, gelap, Tuhan je tau dia punya berdebar masa tu. Telefon dah berbunyi panggilan daripada pengarah program mengatakan TNC Hepa dah tiba dan sedang menunggu di bilik menunggu. Bertambah cemas la saya, Keluar peluh dingin walaupun penghawa dingin dah dipasang paling kuat. Kemudian saya tukar semula lokasi di aplikasi waze dan memecut kereta selaju mungkin dan selamat tiba di lokasi majlis tersebut.

Monday, 7 October 2019

BBM3410Satu2019 : Ulasan Bab 6 Di Dalam Kelas Bahasa


Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) blog merupakan medium yang membincangkan sesuatu perkara dalam bentuk formal dan tidak formal dalam konteks penulisan. Blog boleh digunakan sebagai kegunaan peribadi seperti jurnal atau jurnal dan juga boleh digunakan sebagai medium untuk memasarkan produk dalam konteks perniagaan. Menulis blog merupakan satu aktiviti yang berguna bukan saja untuk meningkatkan keyakinan diri malah dapat mengasah lagi minda untuk berkarya. Menurut Li & Chingnell, blog merupakan satu rangkaian sosial dan medium komunikasi yang membolehkan pengguna untuk berinteraksi dengan penulis blog yang lain. Blog juga merupakan medium dialog di antara penulis blog dengan penulis blog yang lain.
            Selain itu, menurut Wang & Woo (2008) blog merupakan alat teknologi yang menawarkan peluang kepada pengguna untuk menyusun maklumat, menyiar dan berkongsi idea, maklum balas, memberi komen, menilai hantaran dari orang lain, bertanggungjawab terhadap penulisan dan pembelajaran mereka dan meletakkan pendapat mereka dalam penulisan.  Blog meningkatkan keyakinan diri, kreativiti, pemilikan dan membangunkan komuniti melalui penulisan tidak formal.
            Penulisan dalam perlu megikut etika yang tertentu dalam memastikan penulisan itu berkualiti. Seterusnya ialah cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca. Pemilihan cerita mestilah mengikut kehendak pembaca. Selain itu, penulis perlu memasukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik. Penulisan berbentuk jenaka sudah terbukti menjadi kegemaran pembaca kerana penulisan tersebut tidak terlalu serius dan membuatkan pembaca perlu berfikir dengan lebih mendalam.
Penulis juga perlu memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda. Aspek seterusnya ialah kaitkan penulisan anda dengan berita terkini. Hal ini kerana untuk mendapatkan jumlah pengunjung yang tinggi, penulis perlu sentiasa peka dengan isu semasa dan membuat penulisan di blog berdasarkan isu tersebut
Selain daripada itu, gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas juga merupakan etika yang penting. Di samping itu, penulisan di blog dapat dibaca dan difahami. Penulisan yang baik sudah tentu dapat difahami dengan mudah oleh pembaca. Seterusnya ialah dapat berkomunikasi dengan pembaca. Penulisan di blog bersifat dua hala.  Penulis perlu masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan mereka. Etika ini penting kerana penulisan yang baik perlulah mempunyai mesej yang baik. Akhir sekali ialah penulisan mestilah berilmu untuk penulisan pendidikan.
            Kesimpulannya, menulis blog mampu untuk meningkatkan motivasi dan keyakinan diri. Blog juga dapat meningkatkan kualiti penulisan dalam bahasa kedua.




Tuesday, 1 October 2019

BBM3410Satu2019 : BIRD EYE VIEW (BELALANG PRODUCTION)


 LOKASI : IOI


Pandangan dari mata seekor burung yang kelihatan kesibukan segelintir manusia di sebuah pusat beli belah. Kesibukan selama seminggu bekerja membuatkan mereka mengambil peluang cuti pada hujung minggu untuk bersia-siar di pusat beli belah dan ini boleh merehatkan minda mereka.


LOKASI : KOLEJ


Gambar di atas menunjukkan beberapa buah motorsikal mahasiswa yang tersusun rapi di kawasan yang disediakan. Motorsikal ini digunakan untuk memudahkan pergerakan mereka untuk pergi ke kelas atau bersiar-siar. Motorsikal sememangnya menjadi pilihan ketika anda berada di alam universiti kerana tidak perlu berebut bas. Jika tidak, siap sedia untuk perlawanan ragbi (berebut untuk masuk ke dalam bas).


LOKASI : TAMAN WETLAND



Kehijauan alam menjadi pilihan segelintir pengunjung untuk merehatkan minda mereka setelah melalui tempoh masa yang padat dengan kerja mahupun tugas-tugas lain. Sekali-sekala pergi ke taman hijau seperti ini amat baik untuk mengecas kembali tenaga anda.

BBM3410Satu2019 : OVER THE SHOULDER (BELALANG PRODUCTION)

SUZIELA SALLEH



 Kelihatan dua orang gadis sedang membuat bentuk "Love" yang mana menggambarkan kisah persahabatan yang utuh. Dalam Kehidupan tidak perlu bermusuhan kerana akan merugikan. Jadilah seperti mereka dan cerialah sentiasa.


AINUL NAJIHAH



Gambar ini pula memaparkan keriangan dua orang sahabat. Tidak perlu bergaduh, banyak perkara indah jika kita sentiasa menikmati keindahan alam. Banyak cara untuk bahagia dan kenapa perlu bermusuhan. Tapi ingat, jangan sampai "cucuk langit" kelak memakan diri.


AFIFAH IZZATY



Berkawan biar ramai, bermusuh jangan sesekali. Gambar ini menunjukkan sekumpulan sahabat bergambar dengar cara tersendiri. Banyak perkara boleh diterokai jika anda dikelilingi dengan aura yang positif iaitu melalui persahabatan yang erat.

BBM3410Satu2019 : MUG SHOT (BELALANG PRODUCTION)




Gambar di atas memaparkan emosi yang kecewa. Kekecewaan itu memberikan kesan yang cukup mendalam kepada mereka yang pernah mengalaminya. Kekecewaan itu boleh hadir dalam pelbagai bentuk. Jika anda sedang mengalaminya, sentiasalah berfikiran positif. Pelangi pasti akan muncul setelah hujan lebat.


Gambar ini pula menunjukkkan reaksi yang marah. Sesiapa sejak berhak untuk mempunyai perasaan marah kerana itu juga sebahagian daripada cara untuk meluahkan perasaan yang terbuku di dalam hati. Namun sentiasa berhati-hati dengan setiap perkataan yang terkeluar daripada mulut anda kerana kemungkinan boleh melukakan hati orang lain.










 Gambar ini menunjukkan ekspresi sedih. Setiap manusia mempunyai perasaan sedih, Gadis di atas jelas memberikan gambaran yang jelas bagaimana sedih dirinya dalam menghadapi dugaan hidup. Kadangkla jika kita sedang sedih, menangislah sepuas-puasnya kerana selepas pada itu kita akan merasakan kelegaan dan ketenangan.








BBM3410Satu2019 : MEDIUM SHOT (BELALANG PRODUCTION)



 MEDIUM SHOT MANUSIA





 Gambar menunjukkan seorang gadis yang sedang dalam emosi tersipu-sipu malu. Sifat pemalu itu perlu dalam kehidupan, tapi perlu ingat terlampau malu akan menjadikan anda seorang yang sukar bergaul. Namun kadangkala jangan terpedaya, diam-diam ubi berisi.





Gambar menunjukkan dua orang gadis yang memaparkan emosi yang bersahaja. Jika dilihat pada raut wajah yang bersahaja ini seperti tiada masalah. Namun siapa tahu di dalam kepala terdapat seribu satu persoalan yang bermain dalam benak fikiran mereka.



Gambar di atas menunjukkan seorang lelaki yang beremosi gembira. Kadangkala usah tertipu dengan riak emosi yang ditunjukkan. Siapa tahu dalam hatinya tersimpan perasaan yang duka. Namun, jika anda dalam kesempitan, sentiasa positif dan senyum penuh gembira.


MEDIUM SHOT MANUSIA DAN PEMANDANGAN


Gambar menunjukkan tiga orang sekawan yang sedang ceria. Persahabatan itu indah jika kita satu kepala. Setiap masalah dikongsi bersama. Jika hari ini ribut, esok lusa pasti pelangi menyusul. Persahabatan akan menzahirkan 1001 erti dalam kehidupan.




Gadis di atas menunjukkan emosi yang riang. Benda boleh riang buat apa bermuram. Lihatlah dunia, jangan sempitkan penglihatan. Lihatlah keindahan kerana di situ banyak nilai keriangan. Tenang dan kita okayyyy.




Gambar ini menunjukkan emosi yang gembira seorang gadis. Gembira bagaimana hanya dia yang tahu. Siapa kita untuk menilai seseorang. Jaga tepi kain sendiri. Cari kehidupan anda jika ingin merasai kegembiraan.


BBM3410Satu2019 : LONG SHOT (BELALANG PRODUCTION)

LONG SHOT MANUSIA



Gambar ini menunjukkan seorang gadis yang berada di tengah-tengah kehijauan. Kehijauan yang menjadikan kita memperoleh ketenangan di sebalik kesibukan harian. Jika anda dibelenggu dengan masalah yang berat, lihatlah kehijauan seperti gadis tersebut.



Gambar ini menunjukkan lelaki yang berdiri di tengah jalan di mana dapat dilihat kesibukan kereta yang sedang lalu lalang. Keberanian yang terserlah membuktikan bahawa walau sehebat mana cabaran atau tentangan yang kita hadapi, hadapilah dengan keberanian.



Jalan yang lurus jangan disangka tiada jodoh. Gambar ini menunjukkan kelibat seorang gadis yang berada di penghujung jalan. Walau sejauh mana perjalanan, sentiasa berhati-hati di kiri kanan jalan kerana mungkin ada sesuatu yang menanti anda.


LONG SHOT (BUKAN MANUSIA)





Gambar ini menunjukkan sebuah bangunan yang berada di sebalik pokok. Dalam kehidupan, walau sehebat mana dugaan yang dialami, kejayaan yang manis pasti akan muncul sekiranya kita bersabar dan terus bertawakal.



Gambar ini memaparkan sebuah bangunan yang difokuskan. Jika dilihat, bangunan tersebut merupakan bangunan yang besar namun menjadi kecil di sebalik rimbunan pokok-pokok. Demikianlah kehidupan, walau sebesar mana kejayaan yang dicapai, namun kita hanyalah kerdil di sisi Tuhan Yang Maha Esa.



Gambar ini menunjukkan sebuah kubah yang berada di hujung gambar. Kejayaan itu pasti berada di hujung perjalanan. Terserah kepada kita sama ada ingin mencapai atau kecundang di tengah jalan. Pilihan terletak di tangan anda.


BBM3410Satu2019 : CLOSE-UP (BELALANG PRODUCTION)



CLOSE-UP MANUSIA

MENGGODA
Godaan itu bersifat universal. Sekali terkena panahan boleh menyebabkan anda tidak keruan. Sentiasa berwaspada dengan keadaan sekitar supaya anda tidak sesekali terjerat dengan susuk tubuh atau pandangan yang menggoda. Bijaklah menghadapi setiap godaan yang mencabar dan awas pandangan ini cukup menggoda.


MENAWAN
Senyuman menawan membuatkan hati tidak keruan. Sekali terpanah, siang malam akan termimpi-mimpi. Anda rasa anda mampu menangkis senyuman ini? Sudah tentu bukanlah mudah. Batu yang keras pun boleh cair. Amaran!! Jangan angau sehingga mandi tak basah, tidur tak lena.


SINIS

Pandangan sinis itu menyakitkan hati. Tapi kalau dah begini pandangannya anda rasa anda mampu untuk sakit hati? Silap-silap anda jatuh hati. Tapi hati-hati takut anda termakan hati.



CLOSE-UP BUKAN MANUSIA
BUNGA

Bunga yang mekar dapat memberikan 1001 ketenangan buat mereka yang sedang mengalami masalah hidup misalnya tekanan jiwa dan sebagainya. Lihatlah keindahan flora ini dan masalah anda pasti akan dapat diubati.

MAKANAN
Anda hampir pasti akan lapar dengan hanya melihat gambar ini. Rupa ayam yang menggiurkan pasti membuatkan anda tidak senang duduk. Hidupkan enjin kereta dan dapatkan ayam yang menyelerakan ini. Pasti menjilat jari.


AKSESORI
Aksesori seperti gelang tangan pasti menjadi kegilaan untuk membuatkan anda kelihatan kacak dan cantik. Dengan adanya aksesori ini, anda akan kelihatan bergaya dan bertambah yakin dengan penampilan diri anda jika ada pemakaian aksesori ini.



BBM5407Dua2021: Teori/Pendekatan Wacana (Bukit Kepong)

 Filem Bukit Kepong Durasi: 1.16.00 - 1.30.00 P10: sarjan, balai terbakar P2: mari, baik kau keluar. Masuk dalam kubu. W1: abang...abang...